Pages

Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Wednesday, 9 December 2015

Tips rezeki buat usahawan

Entri 16

Teks : Fazlianis Ahmad Kamar
Foto : Google

Sumber : Google


Bila ditanya kepada orang ramai apakah yang dimaksud kan dengan rezeki, kebanyakkan mereka menjawab kepada benda yang material seperti wang yang banyak, kereta yang besar, rumah yang luas dan pangkat yang tinggi. Tak di nafikan ini semua nya rezeki tetapi sebenarnya rezeki Allah di muka bumi ini sangatlah luas. Bukan lah hanya tertumpu kepada material sahaja.

Di antara rezeki yang Allah turun kan kepada kita tanpa kita sedari ianya rezeki ialah diberikan peluang untuk menghirup udara nyaman di bumi ni, diberikan kesempurnaan pancaindera untuk kita nikmati, dikurniakan suami dan anak-anak yang soleh, diberi kesihatan yang baik, diberikan hati yang sentiasa tenang dan diberi peluang dan masa untuk beribadat kepada Allah. Jika hendak disenaraikan terlalu banyak rezeki yang Allah telah turun kan kepada kita. 

Rasanya ramai diantara kita yang sudah tahu cara dan tips untuk menjemput rezeki. Tapi tak rugi rasanya jika saya ingin berkongsi tips untuk menjemput rezeki terutamanya kepada semua usahawan bisnes online di luar sana untuk panduan kita bersama. Insyaallah

1) Solat wajib di awal waktu

Sedang kita sibuk melakukan apa sahaja kerja, jadikan lah kebiasaan solat di awal waktu. Seelok nya 5 minit sebelum azan berkumandang kita sudah bersiap sedia mengambil wudhu dan menghampar kan tikar sejadah untuk menunaikan solat. Jangan lupa rezeki itu datang nya dari Allah. Jangan kita rasa sikit pun kerugian jika kita tidak dapat melayan pelanggan kita kerana ingin solat di awal waktu.
     
2) Melakukan solat-solat sunat seperti solat dhuha

Antara kunci pembuka pintu rezeki ialah mengamalkan solat dhuha setiap hari. Solat dhuha dilakukan pada waktu dhuha. Bilakah waktu dhuha? Waktu dhuha kira-kira 20 minit selepas matahari terbit dan sebelum waktu Zuhur. Ia boleh dilakukan sebanyak 2 rakaat.

Sumber : Google
Ini ialah doa solat dhuha. Jika diamati maksud-maksud doa ini, sememang nya ia sunggah indah sekali jika dihayati. Sangat tenang rasa hati ini.
  
 3) Usahawan lakukan jual beli, elakkan Riba    
Konsep asas jual beli dan Riba ini sangat lah mudah tapi masih ramai yang belum  memahami pengertian konsep ini.

Harga Beli : RM100
Harga Jual : RM120 
Untung : ialah perbezaan harga di antara harga beli dan harga jual

Konsep Jual beli : Penjual membeli barang secara borong. Hasil dari pembelian secara   borong, penjual mendapat harga RM100 bagi tiap barang. Setelah melakukan pembungkusan semula di dalam kotak yang lebih kemas dan menarik, penjual menjual    semula dengan harga RM120 kepada pembeli. Perbezaan RM20 itu dikira keuntungan yang halal kerana berlaku jual beli diantara penjual dan pembeli. Penjual mendapat keuntungan dan pembeli mendapat barangnya.
Konsep Riba       : Penjual membeli barang secara borong. Hasil dari pembelian secara borong, penjual mendapat harga RM100 bagi tiap barang. Pembeli membeli barang tersebut dengan 5x bayaran ansuran. Jumlah harga jual selepas 5x bayaran ansuran ialah RM120. Perbezaan RM20 itu dikira Riba kerana lebihan untung itu bukan kerana hasil jualan tetapi kerana penangguhan hutang sebanyak 5x bayaran ansuran.

Sebenarnya jika mahu dikupas lagi tentang konsep Riba ini sangat lah luas. Di dalam Al-Quran juga ada menerangkan tentang konsep ini.

Oleh itu para usahawan semua dapatkan lah rezeki yang berkat. Sentiasa berhati-hati dengan urusan jual beli kita. 

4) Sentiasa bersyukur
  
Jadilah kita insan yang sentiasa bersyukur. Setiap apa yang Allah turunkan kepada kita semua nya itu ada sebab nya. Cara untuk menunjukkan rasa syukur kepada Allah ialah dengan sentiasa mengingati Allah di mana sahaja, perbanyakkan istighfar pada Allah, banyakkan sedekah dan sentiasa meninggalkan larangan nya.

“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Surah Ibrahim: Ayat 7) 



   






 

Thursday, 12 November 2015

Tips penting sebelum memulakan bisnes online

Entri 10

Teks : Fazlianis Ahmad Kamar
Foto : Google

Sumber : Google


Sudah agak lama saya tak update entri ni. Ok hari ni saya nak tekan kan perkara penting sebelum memulakan bisnes online. Di dalam keadaan ekonomi negara kita masa ini, kos sara hidup semakin tinggi. Oleh itu ramai yang memilih untuk menjalan bisnes online sebagai sumber income tambahan. Semua orang nak buka bisnes, semua orang berangan-angan untuk kaya. Bagus "berangan" bererti impian atau cita-cita, tapi jangan lah berangan macam Mat Jenin ye. Kenal tak siapa Mat Jenin tu? 

"Mat Jenin merujuk kepada kisah seorang pemuda yang terlalu banyak berangan-angan sehinggakan dia mati akibat tidak menumpukan perhatian kepada pekerjaannya"
(Sumber : Wikipedia.org)


Antara perkara penting yang perlu kita ada untuk memulakan bisnes ialah  :

1- Kuasai Ilmu

Syarat untuk berjaya dalam perniagaan semestinya kita perlukan ilmu. Jika tiada ilmu sudah pasti kita tidak tahu jalan yang betul untuk berniaga. Sekiranya kita mendalami ilmu perniagaan, kita mempraktikkan ilmu yang dipelajari sudah semestinya kita mencapai  objektif kita. Pastikan kita menguasai selok-belok perniagaan untuk memastikan perniagaan kita berjaya. Praktikkan ilmu yang dipelajari, belajar dari kesilapan dan jadikan ia pengalaman yang berharga untuk menjadi uasahan berjaya. Ilmu perlu dicari, pengalaman perlu digali.
Sumber : Google

 2- Cari Guru / Mentor / Coach / Leader

Seeloknya untuk mendalami ilmu perniagaan kita perlukan mentor. Mentor dapat membantu,  membimbing dan memberi tunjuk ajar dalam perniagaan.  Sememang nya dalam hidup kita ni kita sudah biasa dengan gelaran leader. Jika dalam keluarga semestinya ayah menjadi ketua keluarga, jika di sekolah guru yang akan memberi bimbingan dalam subjek-subjek tertentu dan jika di ofis pula bos yang akan memberi tunjuk ajar untuk menyiapkan kerja yang diberi. 



Sumber : Google

Begitu juga jika kita ingin memulakan perniagaan dan menjadi usahawan. Carilah mentor untuk kita jadi kan sumber rujukan dan berkongsi pengalaman dalam perniagaan. Kewujudan teknologi masa kini sememangnya banyak membantu kerana ilmu perniagaan boleh dijalankan secara jarak jauh seperti email, facebook, telefon dan hanya message sahaja. Kini untuk mempelajari dengan mentor sangat lah mudah, bukan hanya perlu hadir kelas sahaja malah boleh dipelajari secara online sahaja. Apa yang penting kita bijak memilih mentor yang boleh membantu kita mencapai cita-cita kita.






Saturday, 31 October 2015

Positif

Entri 9

Teks : Fazlianis Ahmad Kamar
Foto : Google



Sumber : Google


Salam ceria hari ni. Jom kita jadi orang yang Positif. Berfikiran positif sememang nya banyak membantu dalam kehidupan kita seharian. Antara manfaat orang yang selalu berfikiran positif ialah :

  • Anda akan sering kelihatan ceria 
  • Bila minda selalu berfikiran positif badan juga akan sentiasa
  • Hubungan sosial dengan orang sekeliling akan sentiasa baik
  • Anda akan dikelilingi dan mempunyai ramai teman yang sayang pada anda
  •  Anda mudah disenangi
  •  Orang akan sentiasa menghormati anda
  •  Anda tidak akan mudah mengalah
  • Anda akan sentiasa cemerlang dalam kehidupan anda
  •  Sentiasa bercakap benda-benda yang positif
  •  Kehidupan akan sentiasa bahagia


Mulai hari ini jom ubah minda kita. Sentiasa penuhi kamus minda kita dengan kata-kata positif.


Katakan                      ANDA BOLEH !!!!
Sumber : Google


Wednesday, 28 October 2015

Tips Bijak Menguruskan Masa dalam Bisnes Online (Bahagian 2)

Entri 8 :

Teks : Fazlianis Ahmad Kamar
Foto : Google

Assalamualaikum semua. Masih ingat lagi topik yang pernah kita bincang kan tentang Tips Bijak Menguruskan Masa dalam Bisnes Online ( Bahagian 1).
Ok jom kita teruskan perbincangan ini. Dalam entri ini kita akan senarai kan tips pengurusan masa yang berkesan untuk menjalankan bisnes online.


1- Senaraikan matlamat anda
Untuk pengurusan masa yang berkesan, pastikan anda membuat senaraikan matlamat anda. Bahagikan matlamat anda kepada matlamat jangka pendek dan matlamat jangka panjang.
a) Matlamat jangka pendek - perancang apa yang anda mahu lakukan hari ini, esok dan minggu ni.
b) Matlamat jangka panjang - perancangan yang ingin dilakukan dalam masa sebulan, 3 bulan, 6 bulan dan setahun


Sumber : Google
Setelah anda selesai melakukan kerja dan tugasan anda, pastikan anda tanda pada senarai anda. Ini untuk memastikan anda mencapai matlamat seperti yang disenaraikan. 

2- Kurangkan pembaziran masa
Dalam menjalankan bisnes online yang berjaya, tiada istilah pembaziran masa. Kurangkan aktiviti-aktiviti yang tidak produktif dan tidak mendatangkan hasil. Sebagai contoh kurangkan menghabiskan masa di berchatting, melayari internet dan media sosial. Jadikan media sosial sebagai medium untuk meluaskan bisnes bukan hanya asyik menghabiskan masa tanpa memberi manfaat kepada bisnes. Pastikan kita anda menghadkan masa berapa lama anda dibenarkan melayari internet dalam masa 24jam.
 
Sumber : Google

3- Elakkan tabiat suka menangguh 
Tabiat yang suka menangguh sememang nya harus dibuang dari diri anda dari hari pertama anda merancang untuk melakukan bisnes. Keadaan yang suka bertangguh membuatkan bebanan kerja semakin hari semakin bertambah. Pastikan anda berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai sasaran anda setiap hari. Semakin anda cepat melakukan kerja, semakin cerah lah peluang anda untuk meraih sasaran.


Tuesday, 27 October 2015

Tips Bijak Menguruskan Masa dalam Bisnes Online (Bahagian 1)

Entri 7

Teks : Fazlianis Ahmad Kamar
Foto : Google

Sumber : Google

Pengurusan masa adalah aspek penting untuk menjalankan bisnes online dari rumah. Tidak kira anda seorang suri rumah, pelajar, mereka yang bekerjaya ataupun mereka yang baru menceburi diri dalam bidang ini. Kebanyakkan mereka mahu memulakan bisnes ini tetapi seringkali gagal kerana tidak bijak menguruskan masa dengan baik. 

" sekejap lah "
" tak sempat lah "
" malas lah "
" tak ada masa "
" sibuk lah nak uruskan anak-anak " (suri rumah)
" buku tak baca lagi " (pelajar)
" hari ni penat lah " (mereka yang bekerja di ofis) 
Pelbagai alasan seperti ini sebenarnya sudah sebati dalam cara hidup masyarakat kita. Kita seringkali menyalah kan masa tetapi sebenarnya setiap dari kita dianugerahkan waktu, jam, minit dan saat yang sama. Kita selalu terburu-buru mengejar masa untuk melakukan kerja dan aktiviti seharian. Kesan nya kerja kita seperti kelam kabut dan hasilnya sungguh tidak memuaskan.

Jika kita kaji apakah rahsia orang yang cemerlang? Semestinya mereka ini cemerlang kerana bijak menguruskan masa. Mereka akan pastikan setiap jam dan minit yang mereka gunakan tidak dibazirkan begitu sahaja malah mereka ini semakin hari semakin produktif. Betul lah kata peribahasa " Masa itu emas ". Sememang nya masa ini tidak bole di beli dengan wang ringgit. Ia akan pergi begitu sahaja jika kita sia-siakan.


Mari kita sama-sama luangkan masa mencari strategi pengurusan masa yang berkesan. Buka minda anda. Pandang sekeliling anda. Bagaimana anda menghabiskan 24 jam yang anda ada setiap hari? Adakah anda setiap minit yang ada diisikan dengan produktif? Fikir-fikirkan
Sumber : Google




Tapi sebelum itu, kita rehat dulu nanti kita sambung entri yang seterusnya yer.


Monday, 26 October 2015

3 Stigma masyarakat terhadap golongan suri rumah

Entri 6

Teks : Fazlianis Ahmad Kamar
Foto : Google


Sumber : Google


Di ruang ini ingin saya kongsikan berkenaan stigma masyarakat terhadap suri rumah. Pada zaman teknologi era ini masih ada pemikiran skeptikal yang beranggapan suri rumah hanya fokus untuk memberi tumpuan kepada keluarga semata-mata. Suri rumah dianggap tidak mendatangkan hasil dari segi material dengan kata lain tidak membantu dari segi ekonomi keluarga. Namun pada masa ini, tanggapan ini harus ditepis secara positif kerana suri rumah pada masa kini sudah bijak mengorak langkah lebih kehadapan dan ini seharus nya dapat membuka mata semua masyarakat di luar.



Menjadi suri rumah dan pada masa yang sama menjalankan bisnes online tidak lah mudah seperti yang difikirkan. Jom kita lihat tanggapan masyarakat kepada kerjaya suri rumah pada masa kini.

1- Banyak Masa Terluang
Persepsi masyarakat sering mengatakan suri rumah sememangnya mempunyai banyak masa terluang tetapi sedarkah kita di dalam kehidupan ini kita semua diberikan 24 jam setiap hari, yang penting kita harus bijak menguruskan masa kita.

  • Realiti - Berbeza dengan bekerja sepenuh masa di tempat kerja tumpuan boleh diberikan 100% pada kerja dan bos manakala menjalankan bisnes online dari rumah masa haruslah dibahagikan untuk menguruskan bisnes dan menjaga anak-anak. Menjadi suri rumah, menjalankan perniagaan online, melayan pelanggan, membesarkan anak-anak, menghantar anak-anak ke sekolah dan pada yang sama ada juga suri rumah yang menjadi pendidik dengan menjalankan home schooling di rumah sememang nya kerjaya yang agak mencabar untuk seorang suri rumah. Mereka ini harus bijak menguruskan masa memandangkan kerja nya semakin berganda. Ini demi kelangsungan untuk menentukan hala tuju keluarga dan bisnes mereka.

2 - Berpendidikan rendah 
Suri rumah hanya lah mereka yang terdiri dari latarbelakang yang berpendidikan rendah sahaja.

  • Realiti - Kini ramai graduan yang memiliki ijazah dan mereka yang sudah bekerjaya dan berpangkat besar mengambil keputusan untuk menjadi suri rumah yang bekerja dari rumah. Jadi tanggapan negatif ini harus lah ditepis dari minda masyarakat Malaysia ini. Lihat lah di internet, media sosial, di majalah-majalah, di kaca tv siapakah di antara mereka yang menerajui bisnes online ini. Mahu membuktikan mereka juga mampu berjaya seiring dengan perkembangan ekonomi, sememang nya mereka ini terdiri daripada mereka yang berpendidikan tinggi namun cukup cekal untuk membina empayar bisnes online mereka sendiri.  

3 - Pemikiran yang ketinggalan  
Ada sesetengah masyarakat yang memberikan tuduhan melulu dengan mengata kan suri rumah berpikiran agak ketinggalan dibandingkan mereka yang bekerjaya di luar.

  • Realiti - Dengan kecanggihan teknologi dan peranan jalur lebar sememang nya semua maklumat boleh didapati hanya di hujung jari sahaja. Sememangnya mereka ini sudah pun berpikiran kehadapan. Cakap sahaja bidang politik, ekonomi, pendidikan, agama dan fesyen mereka masih mampu untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan mereka yang bekerja di ofis. Ilmu yang didapati dari buku-buku, dari media banyak membantu mereka menambah kan ilmu pengetahuan.
Sumber : Google

Ini adalah 3 stigma masyarakat yang boleh kita ubah. Mereka ini seharusnya di beri ruang sebaris dengan mereka yang bekerja di ofis. Usaha mereka yang menggalas tanggungjawab yang berat harus lah dihargai bagi memastikan suri rumah yang bekerja di rumah mendapat hati di setiap lapisan masyarakat.


 

Sunday, 25 October 2015

Roda kehidupan

Entri 5

Teks : Fazlianis Ahmad Kamar
Foto : Google


Sumber : Google

Hidup kita ini ibarat roda. Ia sentiasa berputar. Kadang di atas kadang dibawah.  Perumpamaan ni dah biasa kita dengar dalam kehidupan seharian kita. 

Hari ni kita gembira dengan kejayaan yang kita kecapi
Hari ini kita bangga dengan harta yang kita miliki
Hari ini kita gah dengan kuasa yang kita ada
Hari ini kita dikurniakan dengan 1001 rezeki yang melimpah ruah

Namun esok bermulanya episod kesedihan
Esok cabaran kehidupan mula mendatang
Esok perasaan ini kurasakan pedih
Esok hati ini kurasakan hiba
Esok kurasakan nikmat ku ditarik satu persatu


Sumber  : Google


Namun ini lah putaran kehidupan. Penuh dengan suka duka yang harus dilalui oleh setiap insan. Kita sebagai hamba nya harus sentiasa redha dengan segala ujian yang diturunkan. Percaya lah setiap ujian dan musibah yang didatangi kepada kita pastinya ada hikmah ia tidak lain tidak bukan adalah untuk menjadi kan kita insan kuat dan tabah.

Jangan lah kita mula mengalah. Bangkit lah kita dari perasaan sedih ini. Berbalik lah kita kepada Allah s.w.t dan bersangka baik lah kepada Allah s.w.t kerana setiap ujian dan dugaan yang kita hadapi pasti ada kebaikan dan hikmat. Hidup ini sememangnya seperti roda. Ia tidak akan berhenti berputar. Jika kini kita sentiasa di bawah sampai waktu nya ia pasti di atas juga. Ini lah bait-bait kehidupan. Sememangnya ia mengajar kita pahit manis kehidupan. Yang penting hadapi lah dengan senyuman.



Sumber : Google