Pages

Showing posts with label buku. Show all posts
Showing posts with label buku. Show all posts

Thursday, 22 October 2015

Mudahnya Menjemput Rezeki

Entri 1

Teks : Fazlianis Ahmad Kamar
Foto : Google

Buku Mudahnya Menjemput Rezeki nukilan Fathira Salehuddin sememang nya berjaya mencuri hati saya khususnya dalam membentuk kepercayaan tentang rezeki. Buku pemberian suami ini saya baca dengan teliti dari helaian pertama sehingga lah ke helaian terakhir. Isi kandungannya betul-betul menyentuh hati saya. Patutlah buku ini antara yang laris di pasaran dan komen-komen dari pembaca sungguh positif sehingga kan saya meminta suami menhadiahkan kepada saya. Memang seronok menghabiskan masa membaca isi di dalam buku ini sedar tak sedar saya sudah hampir ke bab terakhir.
Sumber : Google

Penyampai dalam buku ini sangat mudah dan teratur. Antara susunan bahagian di dalam buku ini ialah

Bahagian 1 : Apa itu Rezeki?

Ia menjelaskan maksud di sebalik rezeki. Rezeki bukan hanya yang nampak di mata. Secara keseluruhan nya apa yang berlaku di sekeliling tiap hari juga rezeki.

"Kesihatan adalah rezeki. Sifat-sifat baik adalah rezeki. Sifat-sifat tidak baik adalah rezeki"

Namun yang perlu kita tahu "Milik Kita Belum Tentu Rezeki Kita"
 
Bahagian 2 : Menjemput Rezeki

Bertapa mudahnnya untuk kita menjemput rezeki. Sebelum ini kita hanya menghabiskan masa di tempat kerja untuk memcari rezeki. Tidak cukup dengan itu kerja-kerja di bawa pulang ke rumah dan meneruskan kerja sehingga lewat malam. Keesokkan harinya tiba di ofis kerja yang disiapkan hilang kerana file dijangkiti virus. Betapa remuk nya hati bila hasil usaha hilang begitu sahaja.

"Menjemput rezeki memang lebih mudah berbanding mencari rezeki"

Dua perkataan yang hampir sama tetapi membawa maksud berlainan. Diantara tips menjemput rezeki di dalam buku ini ialah
  • Menjemput Rezeki dengan Mengutamakan Solat
  • Menjemput Rezeki dengan Solat Tahajjud dan Dhuha 
  • Menjemput Rezeki dengan Zikir dan Doa
  • Menjemput Rezeki dengan Bersedekah
dan banyak lagi tips terkandung di dalam buku ini.

Bahagian 3 : Cerita Menjemput Rezeki

Cerita di dalam buku Mudahnya Menjemput Rezeki yang menarik perhatian saya ialah "Sedekah Si Penarik Beca". Ia mengenai Pak Kasan yang sangat suka bersedekah. Walaupun hanya seorang penarik beca, amalan unik dilakukan sangat meruntun hati. Pada tiap hari Jumaat dia akan memberikan perkhidmatan percuma sehingga la suatu hari ada seorang wanita kaya menaiki beca Pak Kasin. Namun dia tetap tidak mahu mengenakan tambang. Wanita kaya itu tidak berpuas hati, hari jumaat seterus nya menaiki lagi beca Pak Kasan dan mahu Pak Kasan membawanya ke rumahnya. Wanita itu lihat Pak Kasan sememangnya ikhlas bersedekah dan apabila tiba di rumah Pak Kasan kagumnya dia melihat isteri yang solehah dan anak-anak yang baik.Wanita itu malu kerana penarik beca seperti Pak Kasan masih mampu bersedekah dibandingkan dirinya yang kaya.

Ini adalah antara cerita yang sememang nya memberi kesedaran dan motivasi untuk kita supaya lebih memberi dan bersedekah pada orang yang memerlukan.


Bahagian 4 : Apa Perlu Saya Buat Sekarang?

Di akhir bab ini penulis menceritakan tentang matlamat dan impian dalam hidup kita. Jika matlamat kita ingin menjemput rezeki kita harus ada strategi yang kukuh supaya rezeki itu mudah hadir dalam hidup kita. Definasi sedekah itu sangat luas. Mulalah berlajar untuk bersedekah setiap hari. 

"Bagaimanakah agar aku bersedekah setiap hari?"


Sumber : Google
Ilmu di dalam buku ini sangat bermanfaat untuk saya. Alhamdulillah beruntung nya saya dapat bertemu dengan buku ini. Sememangnya bukan mudah untuk kita mencari rezeki yang penting kita tahu dan bijak "Menjemput Rezeki". Semoga saya terus istiqamah untuk meneruskan tip-tip yang terkandung di dalam buku ini. Insyaallah

Jom miliki bersama buku "Mudahnya Menjemput Rezeki" 

Berminat mendapatkan Buku MMR? 
Hubungi saya:

Fazlianis
Email : fazlianisahmadkamar@gmail.com
Facebook : Anis Faz







 

Salam Perkenalan

Teks: Fazlianis Ahmad Kamar
Foto: Fazlianis Ahmad Kamar

Salam Perkenalan

Alhamdulillah, segala puji dan syukur ke hadrat Allah s.w.t, dengan limpah kurnia-Nya saya mula menceburkan diri dalam penulisan blog mengenai bisnes online dari rumah. Walaupun berlatar belakangkan dalam bidang Aktuari dan Statistik minat dalam bidang bisnes tiba-tiba muncul di fikiran saya. Pada mula nya keinginan menceburi bidang ini hanya untuk belajar berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang ramai, namun semakin lama hati mula tertarik untuk meneruskan bidang ini.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Taman Sri Gombak. Setelah tamat sekolah rendah saya mengikut keluarga berpindah ke Ipoh dan meneruskan persekolahan di Sekolah Menengah Raja Perempuan Ipoh. Tamat sekolah kami berpindah semula ke Kuala Lumpur. Berpeluang menyambung ke peringat lebih tinggi merupakan impian dalam hidup saya. Saya ditawarkan melanjutkan Diploma dalam Sains Kuantitatif dan seteruskan ke peringkat Sarjana Muda Sains Aktuari di Universiti Teknologi Mara Shah Alam. Kenangan di universiti adalah antara saat paling gembira dan indah buat saya bersama teman-teman seperjuangan yang masih akrab hingga kini. 

Tamat belajar, saya mula mencari pekerjaan. Tidak terlalu memilih pekerjaan saya mula dari bawah, berpindah dari satu syarikat ke satu syarikat dari hanya lah seorang kerani hingga lah saya berjaya mendapat tawaran bekerja di sebuah syarikat insuran sebagai Eksekutif Aktuari. 
Pengalaman yang saya kecapi bekerja di syarikat-syarikat ini merupakan satu pengalaman yang sangat berharga buat saya. Setelah lebih kurang 7 tahun berkhidmat di syarikat insuran kini saya berehat seketika dari dunia pekerjaan. 

Mengikut suami berpindah ke Johor Bahru dan memula kan karier sebagai suri rumah dan membesarkan putera kesayangan saya adalah satu kerjaya yang diimpi-impikan oleh setiap wanita yang bergelar ibu. Teringat kisah perkenalan dengan suami dahulu, saya dipertemukan dengan suami oleh kawan baik saya. 2 tahun kemudian kami diijabkabulkan dan dikurniakan cahaya mata setahun kemudian nya. Saya bekerja di Kuala Lumpur dan suami pula di Johor Bahru. Saban minggu suami terpaksa berulang alik dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur. Kerana terlalu rindukan ayah nya, anak saya seringkali demam dan tidak sihat tiap kali ayahnya pulang ke Johor Bahru. Setelah berfikir panjang demi anak dan keluarga saya membuat keputusan mengikut suami tinggal di Johor Bahru. 

Peluang menjadi suri rumah sepenuh masa merupakan langkah awal untuk saya menceburkan diri di dalam bisnes online dari rumah. Memulakan perniagaan dari rumah mampu menjimatkan masa dan juga kos untuk tidak berulang-alik ke premis setiap hari. Malah masa yang ada dapat diluangkan bersama keluarga dan menguruskan aktiviti seharian.

Untuk berjaya dalam apa sahaja bidang yang diceburi haruslah mempunyai wawasan dan objektif yang nyata. Disiplin serta sikap sabar yang tinggi haruslah sentiasa disemat dalam diri. Harus diingat, untuk memulakan bisnes online, tidak perlu tunggu hingga segalanya sempurna. Apa yang penting idea anda boleh diterima masyarakat dan anda boleh terus memulakan perniagaan tersebut. Di harap terhasilnya blog bisnes online dari rumah ini dapat saya berkongsi pengalaman hidup, menimba pengalaman baru dalam bisnes online dan semoga ia memberi manfaat kepada pembaca semua.