Pages

Thursday 22 October 2015

Salam Perkenalan

Teks: Fazlianis Ahmad Kamar
Foto: Fazlianis Ahmad Kamar

Salam Perkenalan

Alhamdulillah, segala puji dan syukur ke hadrat Allah s.w.t, dengan limpah kurnia-Nya saya mula menceburkan diri dalam penulisan blog mengenai bisnes online dari rumah. Walaupun berlatar belakangkan dalam bidang Aktuari dan Statistik minat dalam bidang bisnes tiba-tiba muncul di fikiran saya. Pada mula nya keinginan menceburi bidang ini hanya untuk belajar berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang ramai, namun semakin lama hati mula tertarik untuk meneruskan bidang ini.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Taman Sri Gombak. Setelah tamat sekolah rendah saya mengikut keluarga berpindah ke Ipoh dan meneruskan persekolahan di Sekolah Menengah Raja Perempuan Ipoh. Tamat sekolah kami berpindah semula ke Kuala Lumpur. Berpeluang menyambung ke peringat lebih tinggi merupakan impian dalam hidup saya. Saya ditawarkan melanjutkan Diploma dalam Sains Kuantitatif dan seteruskan ke peringkat Sarjana Muda Sains Aktuari di Universiti Teknologi Mara Shah Alam. Kenangan di universiti adalah antara saat paling gembira dan indah buat saya bersama teman-teman seperjuangan yang masih akrab hingga kini. 

Tamat belajar, saya mula mencari pekerjaan. Tidak terlalu memilih pekerjaan saya mula dari bawah, berpindah dari satu syarikat ke satu syarikat dari hanya lah seorang kerani hingga lah saya berjaya mendapat tawaran bekerja di sebuah syarikat insuran sebagai Eksekutif Aktuari. 
Pengalaman yang saya kecapi bekerja di syarikat-syarikat ini merupakan satu pengalaman yang sangat berharga buat saya. Setelah lebih kurang 7 tahun berkhidmat di syarikat insuran kini saya berehat seketika dari dunia pekerjaan. 

Mengikut suami berpindah ke Johor Bahru dan memula kan karier sebagai suri rumah dan membesarkan putera kesayangan saya adalah satu kerjaya yang diimpi-impikan oleh setiap wanita yang bergelar ibu. Teringat kisah perkenalan dengan suami dahulu, saya dipertemukan dengan suami oleh kawan baik saya. 2 tahun kemudian kami diijabkabulkan dan dikurniakan cahaya mata setahun kemudian nya. Saya bekerja di Kuala Lumpur dan suami pula di Johor Bahru. Saban minggu suami terpaksa berulang alik dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur. Kerana terlalu rindukan ayah nya, anak saya seringkali demam dan tidak sihat tiap kali ayahnya pulang ke Johor Bahru. Setelah berfikir panjang demi anak dan keluarga saya membuat keputusan mengikut suami tinggal di Johor Bahru. 

Peluang menjadi suri rumah sepenuh masa merupakan langkah awal untuk saya menceburkan diri di dalam bisnes online dari rumah. Memulakan perniagaan dari rumah mampu menjimatkan masa dan juga kos untuk tidak berulang-alik ke premis setiap hari. Malah masa yang ada dapat diluangkan bersama keluarga dan menguruskan aktiviti seharian.

Untuk berjaya dalam apa sahaja bidang yang diceburi haruslah mempunyai wawasan dan objektif yang nyata. Disiplin serta sikap sabar yang tinggi haruslah sentiasa disemat dalam diri. Harus diingat, untuk memulakan bisnes online, tidak perlu tunggu hingga segalanya sempurna. Apa yang penting idea anda boleh diterima masyarakat dan anda boleh terus memulakan perniagaan tersebut. Di harap terhasilnya blog bisnes online dari rumah ini dapat saya berkongsi pengalaman hidup, menimba pengalaman baru dalam bisnes online dan semoga ia memberi manfaat kepada pembaca semua.




6 comments:

  1. Salam Anis, welcome to blogging world. U can also view mine here. :) but not for business more to bebeeebeebl. but this business blog i might learn from u.. cos it sounds interesting.. :) keep up the momentum and always look for the brighter side okey!

    ReplyDelete
  2. http://awesomelypatiencelikewonderwomen.blogspot.my mine for rebel part hahah

    ReplyDelete
  3. ni kalau ko lapar haah http://guiltypleasure2014.blogspot.my

    ReplyDelete
  4. oh tq my dear...thanks singgah kt cni =)

    ReplyDelete
  5. ol da best dear...always support u...u'll succesfull..

    ReplyDelete