Pages

Friday 20 November 2015

Tetamu nak datang : Senarai barang perlu dibeli


Entri 11

Teks : Fazlianis Ahmad Kamar
Foto : Google



Minggu ni minggu yang agak sibuk sikit. Memandangkan tetamu dari Kuala Lumpur nak datang jadi kena lah bersiap sedia menerima kunjungan tetamu yang sememang nya ditunggu-tunggu ni. Alhamdulillah keluarga dari KL akan datang bercuti di JB selama 4 hari 3 malam di JB. Wahhh seronok sangat sejak berpindah di sini ini kali pertama terima tetamu jauh nak datang dan bermalam di sini. 

Sumber : Google

 Memandangkan saya baru je berpindah di JB jadi banyak barang rumah yang belum cukup. Keluarga bercadang akan bermalam di sini, walaupun hanya 1 hari tapi kena lah siapkan apa yang patut untuk meraikan tetamu dan supaya mereka seronok datang ke sini. Ok ni checklist barang yang perlu disediakan untuk tetamu.



1- Kipas - memandangkan kipas siling yang ada di ruang tamu makin lama makin uzur  nampak nya kami kena ambil langkah terbaik ni untuk tetamu yang akan datang. Cadangnya nak betul kan jer tapi bila lihat model kipas tu agak "old school" sikit takut tak jumpa "spare part" jadi kami buat keputusan beli jer lah kipas baru. 

Fuhhh dugaan juga nak cari kipas baru ni, dengan budget yang ada mahu 6 kedai jugak kami keluar masuk nak cari harga yang "under budget".  Dari kedai Seng Heng, Courts Mammoth, kedai elektrik biasa tapi hampa tak dapat harga dalam budget kami. Kami dah survey kipas yang kami nak ni harga lebih kurang 250++ iaitu Panasonic Bayu 4 sebab :

Pertama : Keistimewaan Panasonic Bayu 4 ni ada "remote control" dengan 3 kelajuan
Kedua : Harga kipas macam ni selalu nya sederhana dan efisien sikit berbanding kan yang murah.
Ketiga :  Memang dah ada 4 biji kipas ni masa tinggal di KL. Sejuk je rasa angin nya
Keempat : Kipas ni jimat elektrik dapat 5 bintang. Jadi kalau nak cari barang elektrik rajin2 lah cek label ni kat kotak ok.

Pastikan barang elektrik yang hendak dibeli ada label 5 bintang 
Sumber : Google

Akhirnya sebab kitaorg dah malas keluar masuk kedai keesokkan hari nya En Suami google jer no telepon kedai elektrik area Skudai. Ok dapat lah 3 no telefon kedai dan akhirnya kedai ke2 memberikan harga yang termurah setakat ini walaupun tersasar sikit dari budget. Kami ambil je lah sebab dah malas nak cari lagi dan akhirnya tiba lah kipas ni di rumah. Dah pasang sejuk nya rasa, tak jadi pasang ekon. Dulu ada angan2 nak pasang ekon tapi lepas dah tukar kipas baru ni terhenti lah niat di situ je =)



Resit pembelian dari Pusat Elektrik Skudai Jaya. Terima kasih tokei bg harga terbaik untuk kami =)
Sumber : Koleksi Peribadi



Kipas Panasonic Bayu 4 selamat tiba di rumah
Sumber :Koleksi peribadi


Sedang saya online shopping di Tesco tiba2 ternampak pula kipas berdiri ni ada promotion. Macam murah juga. Terus print screen bagi gambar ni kat En.Suami. Balik kerja tu terus En.Suami singgah Tesco beli kipas ni. Boleh lah letak di bilik tetamu yang kebetulan tiada kipas. Kipas ni mmg kitaorg dah ada 1. Angin nya mmg kuat dan sejuk dan yang penting ada 5 bintang jimat elektrik.


Sumber :Koleksi peribadi


2- Tilam - Tetamu nak datang tapi tilam tak ada. Jadi bermula lah perngembaraan mencari tilam. Pergi 1 kedai jer dah jumpa tilam boleh tahan murah nak dibanding kan dengan harga yang ditawarkan di kedai berdekatan dengan rumah kami. Ni pun dah stok terakhir, tilam size queen 6inch RM399 ok ambil jer. Tapi dah beli baru tau tilam ni Cash n Carry. Macam mana nak bawa tilam ni balik memandang kereta Bumble Bee kami sangat lah comel. Orang kedai tu cakap ramai orang pakai kereta mcm kami beli tilam ni muat masuk kereta. Akhirnya diorg tolong gulung2 tilam tu dan masuk kan dalam kereta kami. Kagum jugak saya dengan kereta ni walaupun kecil dan comel tp masih muat masukkan tilam foam size queen. Akhir kami pulang membawa bersama tilam dengan hati yang girang =) Tapi gambar tilam tak ada sebab hp ter format alahai sedih.  

Sumber : Google


Keesokkan hari nya kebetulan kitaorg balik kampung kat area Pontian. Alang-alang dah balik tu kitaorg singgah pula kat kedai tilam lagi. Alhamdullilah kitaorg jumpa lagi tilam span yang nipis sikit tapi bole lipat-lipat. Harga pun berpatutan jadi apa lg kitaorg angkat lg 2 tilam muat juga masuk kereta comel kitorg ni. Jadi jumlah tilam semua ada 3.


3 - Bantal - Tilam dan kipas dan cukup tiba-tiba baru teringat bantal yang ada macam tak cukup. Jadi kitaorg borong lah 2 bantal kekabu dan sarung sekali kat Pasaraya Borong Sakan. Kalau masuk pasaraya ni memang rambang mata. Macam-macam ada jual, harga pulak sangat berpatutan. Jadi kalau korang ada plan nak pergi pasaraya ni jangan lupa bawa duit lebih yer =). Ni contoh bantal kekabu yang dibeli dari Pasaraya Borong Sakan. Bantal kekabu ni best jugak kalau nak dibanding kan dangan bantal span. Harga pun murah.


Sumber : ambil dari blog ligakampung.com

4 -  Stok Makanan - Tetamu nak datang mestilah dijamu dengan juadah yang enak-enak kan. Jadi stok makanan mentah ayam, daging, udang, ikan, sayur-sayuran semua dah cukup. Beli kat pasar Taman Universiti jer. Pagi-pagi dah ajak En.Suami sarapan dan terus ajak gi pasar. Semua daging dan makanan laut di sana segar-segar. Rasa nak beli semua pulak =)


Ok jom kita semak balik senarai barang yang dah dibeli :

1- Kipas siling & kipas berdiri
2- Tilam - 3 biji
3- Bantal - 2 biji 
4- Stok makanan 



Nampak nya semua barang dah cukup. Tak sabar nak tggu tetamu datang ke rumah. Ok lah nak siap-siap kemas rumah  bye-bye =)
 

No comments:

Post a Comment