Pages

Monday 26 October 2015

3 Stigma masyarakat terhadap golongan suri rumah

Entri 6

Teks : Fazlianis Ahmad Kamar
Foto : Google


Sumber : Google


Di ruang ini ingin saya kongsikan berkenaan stigma masyarakat terhadap suri rumah. Pada zaman teknologi era ini masih ada pemikiran skeptikal yang beranggapan suri rumah hanya fokus untuk memberi tumpuan kepada keluarga semata-mata. Suri rumah dianggap tidak mendatangkan hasil dari segi material dengan kata lain tidak membantu dari segi ekonomi keluarga. Namun pada masa ini, tanggapan ini harus ditepis secara positif kerana suri rumah pada masa kini sudah bijak mengorak langkah lebih kehadapan dan ini seharus nya dapat membuka mata semua masyarakat di luar.



Menjadi suri rumah dan pada masa yang sama menjalankan bisnes online tidak lah mudah seperti yang difikirkan. Jom kita lihat tanggapan masyarakat kepada kerjaya suri rumah pada masa kini.

1- Banyak Masa Terluang
Persepsi masyarakat sering mengatakan suri rumah sememangnya mempunyai banyak masa terluang tetapi sedarkah kita di dalam kehidupan ini kita semua diberikan 24 jam setiap hari, yang penting kita harus bijak menguruskan masa kita.

  • Realiti - Berbeza dengan bekerja sepenuh masa di tempat kerja tumpuan boleh diberikan 100% pada kerja dan bos manakala menjalankan bisnes online dari rumah masa haruslah dibahagikan untuk menguruskan bisnes dan menjaga anak-anak. Menjadi suri rumah, menjalankan perniagaan online, melayan pelanggan, membesarkan anak-anak, menghantar anak-anak ke sekolah dan pada yang sama ada juga suri rumah yang menjadi pendidik dengan menjalankan home schooling di rumah sememang nya kerjaya yang agak mencabar untuk seorang suri rumah. Mereka ini harus bijak menguruskan masa memandangkan kerja nya semakin berganda. Ini demi kelangsungan untuk menentukan hala tuju keluarga dan bisnes mereka.

2 - Berpendidikan rendah 
Suri rumah hanya lah mereka yang terdiri dari latarbelakang yang berpendidikan rendah sahaja.

  • Realiti - Kini ramai graduan yang memiliki ijazah dan mereka yang sudah bekerjaya dan berpangkat besar mengambil keputusan untuk menjadi suri rumah yang bekerja dari rumah. Jadi tanggapan negatif ini harus lah ditepis dari minda masyarakat Malaysia ini. Lihat lah di internet, media sosial, di majalah-majalah, di kaca tv siapakah di antara mereka yang menerajui bisnes online ini. Mahu membuktikan mereka juga mampu berjaya seiring dengan perkembangan ekonomi, sememang nya mereka ini terdiri daripada mereka yang berpendidikan tinggi namun cukup cekal untuk membina empayar bisnes online mereka sendiri.  

3 - Pemikiran yang ketinggalan  
Ada sesetengah masyarakat yang memberikan tuduhan melulu dengan mengata kan suri rumah berpikiran agak ketinggalan dibandingkan mereka yang bekerjaya di luar.

  • Realiti - Dengan kecanggihan teknologi dan peranan jalur lebar sememang nya semua maklumat boleh didapati hanya di hujung jari sahaja. Sememangnya mereka ini sudah pun berpikiran kehadapan. Cakap sahaja bidang politik, ekonomi, pendidikan, agama dan fesyen mereka masih mampu untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan mereka yang bekerja di ofis. Ilmu yang didapati dari buku-buku, dari media banyak membantu mereka menambah kan ilmu pengetahuan.
Sumber : Google

Ini adalah 3 stigma masyarakat yang boleh kita ubah. Mereka ini seharusnya di beri ruang sebaris dengan mereka yang bekerja di ofis. Usaha mereka yang menggalas tanggungjawab yang berat harus lah dihargai bagi memastikan suri rumah yang bekerja di rumah mendapat hati di setiap lapisan masyarakat.


 

2 comments:

  1. biasalah...manusia always judge a book by its cover..but no matter wat...as long as u happy wif wat u've did go for it. just ignored wat other people said...

    kadang2 plak bila org yg bekerja ni nak sgt jd housewife.yang housewife plak sebaliknya.manusia xkan pernah berpuas hati... sbnrnya Allah dah aturkn apa untuk kita.setiap yg terjadi pd kita ada hikmahnya..termasukla siapa yg kita jadi sekarang...bg aku kene sentiasa bersyukur...

    bila kita rase ad kekurangan dlm diri kita..sbnrnya kita ada klebihan yang org lain xde..dr pelbagai segi...kebahagiaan dan kejayaan memerlukan pengorbanan...sehingga ada yang terpaksa kita lepaskan tanpa rela...tapi jgn spi pengorbanan tu membawa penyesalan...sentiasa minta pada Allah tunjukkan jalan...kan Allah maha mengetahui lagi maha pemberi pertolongan...insyaAllah kita sentiasa dalam redhoNya...

    ReplyDelete
  2. actually wanita bekerjaya pun masih juga berminat nak buat bisnes online ni.macam da jd tren pun ye.peluang bisnes mmg banyak.lagi plak skang sume da pintar IT.walau mcm mn teruk pun ekonomi manusia tetap terus membeli dan mengguna...ade demand ad la supply...kene pandai grab n guna pluang klu nak tambah pendapatan...

    ReplyDelete