Pages

Showing posts with label KSL. Show all posts
Showing posts with label KSL. Show all posts

Thursday, 3 December 2015

Jalan-jalan cuti sekolah - Johor Bahru ( Bahagian Akhir )

Entri 15

Teks : Fazlianis Ahmad Kamar
Foto : Koleksi Peribadi / Google

Hari Terakhir : Selasa

Hari terakhir kami di KSL hotel ini, kami hanya sarapan di hotel sahaja. Jam 8 pagi makanan sudah tersedia di atas meja.



Sarapan pagi ini ditempah dari sahabat lama salah seorang ahli keluarga saya. Menunya ialah mee hoon goreng beserta kuah, kuih karipap dan koci. Ini kali pertama saya merasai mee hoon goreng bersama kuah ini. Mempunyai rasa yang tersendiri dan anda patut mencuba nya =)


Chef pada pagi itu. Masak apa tuuu?

Antara menu sarapan yang popular di Johor Bahru ialah Kacang Pool Haji dan juga Lontong kering. Lokasi nya hanya terletak hanya 5km dari hotel KSL dan ia menjadi salah satu tempat tumpuan pengunjung dari dalam dan luar Johor dan juga pengunjung dari Singapura. Di situ terdapat deretan kedai yang menjual pelbagai jenis juadah. Selain dari Kacang Pool ada jual dijual lontong, nasi lemak, roti canai, rojak, ABC dan pelbagai lagi. Pagi itu saya dan suami membelikan sarapan kacang pool dan lontong kering untuk keluarga di hotel.


 

Sumber : Aishah Megahasz

Lokasi :

Kacang Pool Haji
No. 3, Medan Selera Larkin Bomba, 
Susur 5 Jalan Tun Abdul Razak,  
Johor Bahru, 80000 Johor



Ini dia rupa kacang pool. Ianya diletakkan telur mata di atasnya dan dimakan dengan roti bakar. Sumber : burpple.com


Lepas sarapan kami sambung lagi mandi di kolam renang


Tepat jam 1 kami semua sudah "check-out" dari hotel dan destinasi seterusnya ialah mencari tempat makan tengah hari kami iaitu terletak di Bandar Baru Uda.

Lokasi : 

Restoran Pondok MS Briyani
50, Jalan Padi Emas 2, Bandar Baru Uda, 
81200 Johor Bahru, Johor 

Sebenarnya terdapat banyak kedai nasi briyani yang popular di Johor Bahru ini tetapi setelah merasai masakan nya, saya merasakan kedai nasi briyani ini yang paling sesuai dengan citarasa saya. Menawarkan size hidangan yang besar nasi nya sangat lembut dan rasanya sedap dimakan begitu sahaja. Ianya dimakan bersama daging kambing atau ayam yang sangat lembut dah rapuh dan dihidangkan bersama kuah dan jelatah membuat kan pelanggan tidak pernah putus keluar masuk dari kedai ini. Harga untuk menu ayam dan kambing sama hanya lah RM10. Jadi kalau anda lambat selalu nya hanya ayam sahaja yang tinggal. Jangan lupa pesan bersama air asam boi yang selalu nya menjadi pilihan utama pelanggan di kedai.


 Sedang menikmati nasi briyani yang super sedap =)


 Gembira nampak nya semua orang dapat menikmati nasi beriani yang sedap di sini


Selfie lepas makan nasi beriyani


 Muka kekenyangan, mata pun dah mula nak layu


Selesai makan, ada lagi yang bercadang mahu ke JPO lagi buat kali terakhir di JB. Jadi mereka membuat keputusan untuk membeli belah dahulu di JPO sebelum bertolak balik ke KL.


Setelah 2 jam berada di JPO ini lah hasil yang dibeli nya. Buat kenangan sebelum pulang ke KL

Jika anda bernasib baik datang lah ke JPO pada waktu jualan murah kerana kebanyakkan kedai di sini menawarkan harga yang sangat rendah.

Saya juga sempat membeli set wangian Victoria Secret ini dengan potongan sebanyak 60%. 

Tengok tu murah kan !!!


Makan petang di kafe JPO

Setelah habis membeli-belah tepat jam 7 malam mereka bergerak pulang ke Kuala Lumpur.
Ok nampaknya sampai di sini sahaja percutian kami "Jalan-Jalan cuti sekolah - Johor Bahru". Terima kasih kepada semua keluarga di KL yang sudi datang ke JB untuk bercuti bersama-sama. Insyaallah ada rezeki kita bercuti di lokasi yang berbeza pula =)




>>>>>>Jalan-jalan cuti sekolah - Johor Bahru ( Bahagian 1)

>>>>>>Jalan-jalan cuti sekolah - Johor Bahru ( Bahagian 2) 

>>>>>>Jalan-jalan cuti sekolah - Johor Bahru ( Bahagian 3)   




 

Wednesday, 2 December 2015

Jalan-jalan cuti sekolah - Johor Bahru ( Bahagian 3 )


Entri 14

Teks : Fazlianis Ahmad Kamar
Foto : Koleksi Peribadi / Google

Hari Ketiga : Isnin

Hari ketiga adalah antara program kemuncak sepanjang percutian di Johor Bahru ini. Kami semua akan menuju ke Legoland Malaysia.

Lokasi : 

LEGOLAND® Malaysia

LL Malaysia Taman Tema Sdn Bhd
7 Jalan LEGOLAND
Bandar Medini Iskandar Malaysia
79250, Nusajaya,
Johor Darul Takzim


Waktu Operasi : 
Taman Tema :10 pagi-7 malam 
Taman Air : 10 pagi - 6 petang
 
Jam 10 pagi kami semua sudah tiba di kaunter untuk mengambil tiket yang sudah ditempah lebih awal. Saya mencadangkan buat lah tempahan lebih awal kerana selain mendapat diskaun yang menarik, pengunjung juga tidak perlu beratur panjang untuk membeli tiket. Walaubagaimana pun terdapat banyak kaunter tiket yang dibuka untuk memudahkan pengunjung membeli tiket. 

Buat pengetahuan anda Legoland Malaysia terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Taman Tema dan Taman Air. Harga tiket juga berbeza. Ini adalah kali ke 2 saya menjejaki kaki di sini. Kali pertama dulu saya hanya sempat ke Taman Air sahaja jadi kali ini kami semua akan masuk ke bahagian Taman Tema yang penuh dengan permainan dan aktiviti yang menyeronokkan.

 Sebelum masuk ke dalam Taman Tema Legoland jangan lepaskan peluang bergambar dulu di pintu gerbang Legoland Malaysia sebagai kenangan. Ok 1,2 3 senyum semua =)

Jom kita layan aktiviti sepanjang kami disini.



 
Mari berfikir. Permainan yang menguji IQ dan kreativiti kanak-kanak. Dengan menggunakan lego pastikan kereta yang disambung dapat digerakkan di atas trek.

 Gembira betul si kecil ni dapat naik kuda

 Semua nampaknya teringin nak naik sebab teringat kenangan semasa zaman muda remaja. Yang dah jadi mak orang pun layan juga permainan ni.

 Ok jom bergambar

 Melayan permandangan sekitar Legoland dari ruang udara

 Ini ialah permainan polis dan bomba. Perlukan tenaga maksimum sebab perlu gerakkan kenderaan untuk pergi memadamkan kebakaran dan membawa pulang kenderaan ke tempat asal. Siapa dapat tamat kan permainan dengan pantas akan diumumkan sebagai pemenang

 
Permainan ini agak mencabar stamina sebab peserta perlu mengangkat diri sendiri menggunakan tali. Semua ahli keluarga saya memang "sporting". Mereka semua turut serta dalam acara ni.
  

Sepanjang hari berada Legoland sememangnya antara kenangan manis yang tidak dapat dilupakan. Bukan mudah untuk kami berkumpul dan bercuti sekeluarga. Cuaca juga agak memihak kepada kami. Keadaan panas dan kadang kala redup tidak menghalang kami bermain sepanjang hari di taman tema. Maklum lah jika hujan tak dapat lah kami main semua permainan yang disediakan. Walaupun cuti sekolah pengunjung juga tidak ramai pada hari itu. Jadi kami tidak perlu beratur untuk bermain semua permainan yang ada. Malah kami boleh main berulang kali. Kanak-kanak lah mereka yang paling gembira sepanjang berada di sana.


Jam 1 petang semua orang kelihatan penat terutama sekali ibu mengandung dan kanak-kanak kecil. Kami mengambil waktu ini untuk makan tengah hari di kafe, solat dan menidurkan anak masing-masing. Di sekitar taman tema ini terdapat banyak kafe disediakan untuk kemudahan pengunjung. Kemudahan surau dan tandas juga sangat bersih dan luas, yang penting terdapat bilik bayi disediakan untuk kemudahan ibu menyusu, menidurkan bayi dan pelbagai lagi.


Jam 2.30 petang kita teruskan lagi aktiviti.


Abang baju biru layan "lap" ke? =)

 Sedia semua. Vrooommm


Kanak-kanak bawah 2 tahun harus ditemani oleh ibubapa ye sebab keretapi ini agak laju


 Bergambar dulu sebelum menunggu giliran menaiki "Roller Coaster"

Permandangan sekitar Legoland

Jam menunjukkan pukul 6 petang. Kami sudah bersiap sedia untuk pulang. Semua orang kelihatan penat tapi tetap seronok. Perut juga sudah lapar. Maklum lah tengahari tadi kami hanya makan piza sahaja. Sudah sampai waktu nya perut kami minta diisi lagi =)
 Lokasi seterusnya Restoran Tanjung Nelayan Pendas



Sumber : Restoran Tanjung Nelayan

Lokasi : 


Restoran Tanjung Nelayan Pendas
No 36 End Road off Tanjung Kupang Kg ladang 81560
Gelang Patah Johor Bahru
No tel : +6013-761 6623   ( Maryati )


Perjalanan untuk sampai ke sini agak jauh ke dalam kawasan perkampungan nelayan. Sepanjang perjalanan kami ke restoran ini jalan sedang dibaiki jadi perjalanan kami agak sukar sedikit kerana lorong kenderaan juga agak kecil ditambah pula keadaan gelap. Alhamdulillah jam 7 malam kami selamat sampai di sini. Dari Legoland ia mengambil masa sekitar 30 minit untuk tiba di sini. Kami terus menunaikan solat dan menunggu hidangan tiba kerana kami sudah menempah dari awal. Tempahan boleh dibuat awal dengan hanya menghubungi no telefon seperti di atas.

Memandangkan kami datang pada hari bekerja, restoran ini kelihatan lengang tidak seperti di hujung minggu yang semesti nya penuh dengan pelanggan. Jika semalam saya dan keluarga makan di restoran makanan laut yang agak terkenal iaitu Senibong, namun pada hari ini kami memilih lokasi yang tidak kurang popular juga bagi pengemar makanan laut yang segar iaitu di kawasan Gelang Patah.

 

Ini adalah antara menu dah pakej yang ditawarkan kepada pelanggan. Kami sekeluarga memilih Pakej B dan Pakej C. Harga yang ditawarkan sangat-sangat berpatutan jika hendak dibandingkan dengan makanan yang disediakan. Sememangnya makanan laut di sini sangat segar dan hidangan nya juga besar.



 Melihat makanan tiba di meja makan, sememangnya tidak menghampakan kami semua. Jika tanya pada saya, saya akan bg 5 bintang. Makanan yang disediakan sangat menepati citarasa saya. Paling "kaw" ialah menu masak asam pedas nya. Menggunakan ikan yang segar  ditambah pula kuah nya yang sedikit masam,pedas dan pekat membuka selera kami semua.
Menu lain seperti ikan, sotong, udang, ketam dan kupang tidak kurang hebat nya. Size yang dihidangkan sememangnya besar cukup untuk kami semua.
Maaf hanya gambar ini yang dapat diambil kerana semua nya kelihatan tidak tertahan lagi menahan air liur untuk menjamah makan malam kami. 

Alhamdulillah jam 9.30 malam sudah selesai makan malam kami. Semuanya sudah kekenyangan. Apa lagi jom balik hotel.



 Tekak tiba-tiba rasa dahaga, sebelum tiba di hotel saya sempat lagi singgah membeli dan membungkus ABC dan Murtabak Singapura yang sangat popular di Johor Bahru ini.
Kenapa ABC ni sangat popular di sini? Mungkin sebab bahan yang diletak didalam ABC itu begitu banyak sekali ditambah pula dengan aiskrim di atasnya dan lelehan coklat disekelilingnya dan juga servis yang sangat laju membuat kan pelanggan sentiasa memenuhi medan selera ini. Harga nya hanya RM3 sahaja. Memang sangat sedap, lagi sedap kalau makan di masa cuaca panas.

Lokasi:  

Medan Selera Kampung Melayu Majidee
 Jalan Tebrau Lama, 81100 Johor Bahru, Malaysia
 
 Amboi dia layan ABC sorang-sorang ye

 Anak siapa lah ni ye? =) 
Dah penat sangat lah ni sementara menunggu masuk ke bilik sempat melelapkan mata di tepi dinding dulu
 

Ini malam terakhir kami di Johor Bahru ini. Esok dah nak balik. Selesai mandi, makan dan solat kami semua menarik selimut masing-masing dan bersedia untuk beradu =)

>>>>>>Jalan-jalan cuti sekolah - Johor Bahru ( Bahagian 1)

>>>>>>Jalan-jalan cuti sekolah - Johor Bahru ( Bahagian 2) 





Tuesday, 1 December 2015

Jalan-jalan cuti sekolah - Johor Bahru ( Bahagian 2 )


Entri 13

Teks : Fazlianis Ahmad Kamar
Foto : Koleksi Peribadi / Google

Hari Kedua : Ahad 



Sumber : Google

Jom kita sambung lagi aktiviti jalan-jalan kami hari kedua. Di hari kedua, bangun pagi semestinya perkara penting yang difikirkan ialah sarapan yang perlu disediakan untuk semua tetamu. Memandang kan nasi semlm masih ada berbaki 2 periuk saya bersama adik menjadi chef istimewa di pagi itu =) Berpeluh-peluh kami mengoreng nasi mengunakan resepi kegemaran kami iaitu: 

Menu sarapan pagi 
 1- Nasi goreng cili bersama ikan bilis untuk yang dewasa 
2- Nasi goreng ayam bersama telur untuk kanak-kanak 

Pagi itu suami juga membeli sedikit kuih untuk pelbagaikan lagi makanan pada pagi itu.

 >>>>>>Jalan-jalan cuti sekolah - Johor Bahru ( Bahagian 1)

Jam 10 pagi kami semua sudah bersiap untuk meneruskan aktiviti yang sudah di atur. Kami semua bergerak menuju ke rumah sepupu kami yang terletak di daerah Skudai. Tiba di sana kami dijamu dengan juadah yang enak sangat oleh tuan rumah. Menu yang disediakan oleh tuan rumah soto ayam dan sate. Kami tidak melepaskan peluang menikmati juadah yang disediakan sendiri oleh tuan rumah =)



Yang sebelah kiri tu lah sepupu kami Dr Norehan. Orang nya sangat positif dan tegas. Mendengar die bercerita membesarkan 6 orang anaknya yang berumur diantara 14 dan 20 tahun saya sangat kagum dengan kecekapan dia dan suami bekerja, mengambil dan menghantar anak ke sekolah dan mendidik anak-anaknya sendiri. Alhamdulillah anak-anak nya semua nya cemerlang. Beliau juga mempunyai klinik nya sendiri ia terletak di daerah Skudai iaitu Poliklinik Nur Hidayah bersempena dengan nama anak perempuannya. Jika mahu berjumpa doktar yang peramah dan suka memberikan penerangan yang jelas kepada pesakit2 nya boleh lah pergi ke klinik nya.

Sumber : Google
Lokasi:
Poliklinik Nur Hidayah
48, Jalan Utama 45, Mutiara Rini 
81300 Skudai Johor
Selesai menjamu selera, waktu nya untuk kami bergambar. Permandangan dari ruang makan sangat cantik dan menarik. Kami tidak melepas kan peluang melihat di sekitar kawasan rumah.













 
Kanak-kanak semuanya baik-baik duduk di rumah tamu menonton kartun


Ok dah tiba waktu balik. Terima kasih tuan rumah. Lain kali jemput kami datang lagi =)




Kami meneruskan perjalanan ke bandar Johor dan menuju KSL Hotel dan Resort untuk check in hotel. Kami semua bercadang untuk tinggal di hotel ini selama 2 malam.



Sumber : Google
 
Lokasi :
32, Jalan Seladang, Taman Abad, 80250 Johor Bahru, Johor, Malaysia

Phone:607-2882666


Ini ruang untuk check-in bilik. Kami menempah 2 bilik apartment dan 1 studio. Mungkin banyak bilik yang ditempah jadi proses nya mengambil masa sikit untuk mendapat kan "access card"
  Sumber : Google
Dah dapat kad kami semua ke bilik masing-masing. Apartment dan bilik yang disediakan sangat besar. Rugi pula rasa nya kami menempah bilik lebih. Patut nya kami perlu tempah 1 apartment sahaja ada 4 bilik dan 4 bilik air dengan ruangan tamu dan dapur yg sangat luas. Takpe lain kali datang hanya tempah 1 je apartment. Jimat duit. Maaf gambar bilik takda sebab semua dah seronok dapat katil masing-masing =)

Ni rupa kolam renang dari pandangan dari bilik studio dan apartment kami. Yang sebelah kanan tu Dinosour Park. Ok tak sabar nak gi terjun kejap lagi.


Dan ini lah masa yang ditunggu-tunggu kan kita terjun kolam. Seronok sangat diorg ni. Walaupun hari ni hari ahad pengunjung yang datang tidak lah ramai sangat. Mungkin hotel ni menyediakan banyak kolam renang. Satu yang saya sangat puji papan gelungsur dan lantai di sekitar kolam tidak licin memang selamat untuk kanak-kanak seusia 1 tahun.

 
 Yang dewasa pun tak lepaskan mengambil gambar dulu sebelum basah kuyup terjun kolam.



Jam menunjukkan jam 6.30 petang. Naik kolam semua kelaparan. Nasib baik ada yang rajin bawa makanan turun ke kolam. Jadi kita isi perut dulu sebelum menunggu makan malam.


Malam itu kami bercadang untuk makan malam di Kampung Senibong. Kampung Senibong memang terkenal dengan makanan laut nya yang segar dan sememang nya ia menjadi tumpuan pelancong di hari cuti kerana lokasi nya yang hanya 15 minit dari bandar JB. Memandang kan kami datang pada hari ahad dan cuti sekolah panjang kelihatan pengunjung agak ramai dari cuti biasa. Namun masih mudah untuk kami mendapat kan tempat meletak kereta dan banyak deretan kedai makan di situ yang masih ada tempat duduk untuk pengunjung. Gerai pilihan kami malam itu ialah 6 Corner Senibong Seafood

Lokasi:
6 Corner Senibong Seafood
No 6 Kampung Senibong
Permas Jaya 
81750 Johor Bahru  


Ini antara makanan laut yang ditawarkan. Harga juga ada tertera untuk kemudahan pelanggan nak kira budget.



Permandangan dan suasana malam dari meja makan kami. Sangat menarik



Jam menunjuk kan pukul 9.30 malam semua dah menunjukkan muka lapar. Kami pun kebetulan memang lambat keluar hotel tadi. Nak sampai sini tadi pun tersesat jalan sikit, jadi lambat lah sampai.


Masakan pada malam itu dirasakan tidak seperti sebelum ini. Mungkin kerana cuti sekolah orang pun ramai dan kami tiba agak lewat jadi kami agak kecewa sedikit. Sebelum ini saya sudah banyak kali datang makan di sini. Sememang nya makanan nya semua nya fresh dah size hidangannya agak besar. Masakan nya juga sememangnya memenuhi citarasa kami. Tapi nasib tidak menyebelahi pada malam itu. Kami memilih hidangan set yang ditawarkan. Jumlah bil makan pada malam ini ialah RM300++. Berpatutan juga. Walaubagaimana pun saya tetap puji kerana servis nya yang cepat dan mendapat layanan yang baik.

Ok takpa Alhamdulillah rezeki ini yang diberikan untuk kami malam ini. Tetap bersyukur. Malam esok kita ulang makan seafood lagi yer.

Lepas makan semua pulang ke bilik masing-masing kepenatan mandi kolam dan kekenyangan makan tadi. Ok tidur ye semua esok kena bangun awal ada aktiviti yang lebih menarik menanti kita semua.