Pages

Thursday 24 December 2015

Aku Terpaksa Lepaskan

Entri 18

Teks : Fazlianis Ahmad Kamar
Foto : Koleksi Peribadi

24/12/2014 : Hari terakhir saya bekerja


Sumber : Koleksi Peribadi



Sudah genap setahun nampaknya saya melepaskan jawatan sebagai eksekutif aktuari di sebuah syarikat insuran di Kuala Lumpur. Jika hendak diimbau kembali kenangan itu, sememang nya saban hari saya menitiskan air mata kerana terpaksa membuat keputusan yang besar dalam hidup saya. Berada di syarikat itu hampir 6 tahun setengah terlalu banyak suka duka dan kenangan manis dan pahit yang tidak dapat saya lupakan bersama rakan-rakan sekerja yang lain. Di sini lah saya mula berlajar tentang alam pekerjaan yang sebenar, berjumpa dengan pelbagai orang dan disini lah punca rezeki saya. Hasil rezeki saya di sinilah saya kongsikan bersama keluarga saya.

Masih segar di ingatan pada waktu itu saya dipanggil masuk ke bilik oleh majikan saya. Kami berbincang sesuatu yang betul-betul membuatkan saya mengalirkan air mata. Ia berkaitan tentang prestasi kerja saya pada tahun itu. Saya tidak dapat memberi komitmen untuk sentiasa bekerja lebih masa kerana sudah berkahwin dah mempunyai anak. Sejak saya berkahwin, saya tinggal berjauhan dengan suami. 2 bulan selepas itu pula saya disahkan mengandung tetapi mungkin kerana kali pertama mengandung dan tambahan pula tinggal berseorangan saya sering kelihatan penat di pejabat. Tetapi saya cuba sedaya upaya untuk menyiapkan tugasan dengan sempurna. Masih teringat saat saya sudah pun sarat 8,9 bulan ada ketikanya saya perlu menyiapkan kerja di pejabat sehingga malam. Pada saya sudah terlalu lewat ketika itu tambahan pula dengan perut saya yang besar dan saya pula perlu memandu pulang keseorangan pada waktu malam. Saya sering berdoa keselamatan saya supaya tiada perkara buruk yang berlaku.


Alhamdulillah saya sudah selamat melahirkan bayi lelaki saya. Ketika itu saya masih tinggal berjauhan dengan suami. Habis cuti bersalin saya memulakan kerja di pejabat seperti biasa namun saya terpaksa menjaga anak saya keseorangan kerana suami jauh di Johor. Baru 2 minggu memulakan kerja selepas cuti bersalin anak saya dimasukkan hospital kerana jangkitan penyakit di taska. Saya terpaksa menjaga anak saya keseorangan di hospital kerana suami jauh di Johor. Bermula lah episod saya yang sering cuti dari bekerja kerana anak sering tidak sihat. 


Saban hari kerja di pejabat semakin hari semakin bertambah. Kadang-kadang perlu pulang lewat malam. Tinggal lah satu-satu nya anak saya di taska bersama cikgu-cikgu yang sabar menjaga anak saya sehingga lewat malam. Walaupun ketika itu anak saya baru berumur 5 bulan dia seakan mengerti kepayahan ibunya yang terpaksa pulang kerja lewat. Tiap kali saya ambil nya di taska dia pasti tersenyum melihat saya. "Minta maaf sayang, mama pulang lewat lagi". Itulah ayat yang sentiasa terpacul di mulut saya tiap kali saya pulang lewat bekerja sambil saya mengalirkan air mata kerana berasa bersalah terhadap anak saya. Namun setiap 2 minggu atau sebulan anak saya sering jatuh sakit. Mungkin kerana dia masih bayi badan nya masih tidak kuat untuk melawan penyakit berjangkit melalui taska. Namun walaupun dia sakit ada ketikanya saya terpaksa juga menghantar nya ke taska kerana sudah terlalu banyak cuti sakit saya ambil untuk anak sakit.

 
Selepas 2 minggu saya dipanggil oleh majikan saya, saya menghantar surat perletakkan jawatan saya. Setelah berbincang dengan suami, kami redha jika itulah keputusan yang terbaik untuk kami. Pernah saya cuba membuat pertukaran kerja ke Johor tapi saya gagal mendapat tempat di sana kerana tiada kekosongan. Dengan itu saya terpaksa melepaskan jawatan saya, gaji saya, meninggalkan rumah saya dan juga keluarga saya di Kuala Lumpur. Selepas hari terakhir saya berkhidmat di syarikat ini saya terus berpindah ke Johor dan tinggal bersama suami dan anak saya. Alhamdulillah Allah itu Maha Adil. Mungkin saya ditarik kenikmatan saya bekerja dan bergaji tapi Allah gantikan saya kehidupan yang sederhana dan tenang bersama suami dan anak saya di sini. Bermacam-macam saya belajar sejak saya bergelar suri rumah. Sepanjang tahun ini saya banyak membaca buku motivasi supaya dapat memberi inspirasi pada hidup saya. Saya juga mempunyai banyak masa lapang untuk mendekat diri pada Allah swt. Alhamdulillah anak saya membesar dengan sihat hasil jagaan saya sendiri.


Kadang-kadang kita perlu membuat keputusan yang besar dalam hidup kita. Walaupun kadang-kadang keputusan itu pahit tapi kita harus mengharungi nya juga. Kita tidak boleh tamak. Kita tidak akan dapat semua yang kita mahukan, jadi kita harus memilih satu yang terbaik untuk diri kita. Jika ditanya masih kah saya rindu pada tempat kerja lama saya, ya saya sangat rindukan nya. Tapi mungkin suami dan anak saya lebih memerlukan saya di sini. Biarlah ia menjadi salah satu kenangan terindah dalam perjalanan hidup saya.




Sumber : Koleksi Peribadi







Wednesday 16 December 2015

Demam, Batuk, Selsema

Entri 17

Teks : Fazlianis Ahmad Kamar
Foto : Google

 

Sumber : Google

 Nampak nya sudah hampir seminggu saya mengalami demam panas, batuk dan selsema yang teruk. Sehingga lah entri ini ditulis saya masih lagi mengalami batuk dan selsema. Terasa badan mengigil dan demam panas sehingga kan tidak mampu bangun mengurus kan diri sendiri dan rumah. Alhamdulillah suami banyak membantu saya dan anak sepanjang saya sakit ini. 

Sebenarnya sejak saya sudah tidak bekerja, saya sudah jarang sakit. Ini lah kali pertama setelah hampir setahun saya mengalami demam yang teruk ditambah pula selsema dan batuk yang berlarutan. Sehingga kan sakit saya ini dijangkiti pula pada suami dan anak saya. Kasihan betul pada mereka. Mungkin virus yang dibawa oleh saya sangat kuat, walaupun langkah-langkah pencegahan sudah diambil namun mereka tetap juga dijangkiti demam, batuk dan selsema ini.

Ini langkah yang saya ambil untuk mengelak penyakit tersebar tapi nampak nya masih gagal untuk mengelak virus ini dari tersebar.



a) Basuh tangan dengan sabun selepas batuk dan selsema

b) Untuk mengelakkan virus selsema dan batuk tersebar sentiasa memakai penutup hidung di dalam dan luar rumah

c) Asing kan tempat tidur dengan mereka yang sihat

d)  Pastikan rumah sentiasa bersih dari habuk

e) Pastikan kebersihan diri sentiasa dijaga


Setelah diteliti salah satu punca sakit saya lambat pulih ialah kerana saya tidak ke klinik =)
Jangan marah ye. Sebenarnya saya nak mencuba cara-cara traditional pulih tanpa menggunakan ubat. Sepanjang saya demam, batuk dan selsema saya hanya ambil ubat paracetamol sahaja itu pun saya had kan 3 biji sehari. Sebenarnya sudah hampir setahun saya tidak ke klinik. Jika tidak sihat saya cuba mengamalkan petua-petua orang sahaja. Jom baca apa saya buat untuk pulih tanpa ubat.


a) Saya had kan paracetamol  3 biji sahaja untuk sehari. Sentiasa sukat suhu badan supaya tidak ke tahap yang berbahaya. Jika demam lebih dari 3 hari memang kena jumpa doktor takut-takut ada penyakit lain yang lebih berbahaya. Masa ini selalunya doktor akan ambil darah. Tapi alhamdulillah cukup 3 hari demam saya sudah pulih.


b) Seeloknya minum air suam 3L sehari. Minum lagi banyak lagi cepat sihat. Bila banyak minum air, kita akan "flush" semua benda-benda tak sihat tu ke dalam air kencing kita. Badan pun mudah sihat bila kita dah keluarkan semua benda-benda tak sihat tu. Seingat saya sepanjang saya demam tu mungkin nak dekat 7L saya minum air suam untuk sehari. Memang tak larat asyik nak ke bilik air jer tp percaya lah memang cepat sihat.


Sumber : Google
 
c) Untuk petua batuk pula saya minum air asam jawa di rumah. Sebenanya banyak tips lagi untuk ubati batuk seperti madu, air lemon dan macam-macam tapi memandang kan hanya ada asam jawa sahaja di rumah saya saya pun buatlah air asam jawa. Air asam jawa ni sedap diminum ketika suam-suam. Bila air tu melalui anak tekak ni rasa lega jer tekak. Batuk pun berkurang malah bole menyejukkan badan. Saya hanya minum sekali sehari.

Resepi Air Asam Jawa

Secawan air suam-suam panas
1 sudu asam jawa
1 sudu gula
 

d) cara memulihkan selsema pula saya makan buah kiwi gold. Ini contoh buah kiwi itu. Warna nya keemasan tidak seperti warna hijau yang biasa kita tengok. Buah kiwi gold mempunyai kadar vitamin C yang lebih tinggi berbanding kan buah kiwi hijau dan buah-buahan yang lain. Oleh itu ia sangat cepat membantu memulihkan selsema saya ini.

Sumber : Google

e) sepanjang saya tidak sihat ini juga selalu selalu mandi air suam. Tak tahan rasanya badan saya ini nak mandi air sejuk, mengigil rasanya. Lepas mandi air suam rasa badan bersih dan sangat nyaman. Malah mandi juga bagus untuk membuang panas di dalam badan.

f) Banyakkan makan makanan yang sihat seperti sayur dan buah-buahan. Tidak lupa juga sup seperti sup sayur dan ayam sememangnya dapat membantu memberi kesegaran pada badan.

g) Akhir sekali jangan lupa pastikan dapatkan rehat dan tidur yang cukup. Bab ni paling seronok sekali. Jika ada anak kecil bila masa nak dapat rehat secukupnya kan. Masa ni harus lah minta bantuan suami untuk menjaga si kecil dan kita ambil lah peluang tidur dan rehat sepuasnya.

Sumber : Google


 
                 



   


 
 



 





 

Wednesday 9 December 2015

Tips rezeki buat usahawan

Entri 16

Teks : Fazlianis Ahmad Kamar
Foto : Google

Sumber : Google


Bila ditanya kepada orang ramai apakah yang dimaksud kan dengan rezeki, kebanyakkan mereka menjawab kepada benda yang material seperti wang yang banyak, kereta yang besar, rumah yang luas dan pangkat yang tinggi. Tak di nafikan ini semua nya rezeki tetapi sebenarnya rezeki Allah di muka bumi ini sangatlah luas. Bukan lah hanya tertumpu kepada material sahaja.

Di antara rezeki yang Allah turun kan kepada kita tanpa kita sedari ianya rezeki ialah diberikan peluang untuk menghirup udara nyaman di bumi ni, diberikan kesempurnaan pancaindera untuk kita nikmati, dikurniakan suami dan anak-anak yang soleh, diberi kesihatan yang baik, diberikan hati yang sentiasa tenang dan diberi peluang dan masa untuk beribadat kepada Allah. Jika hendak disenaraikan terlalu banyak rezeki yang Allah telah turun kan kepada kita. 

Rasanya ramai diantara kita yang sudah tahu cara dan tips untuk menjemput rezeki. Tapi tak rugi rasanya jika saya ingin berkongsi tips untuk menjemput rezeki terutamanya kepada semua usahawan bisnes online di luar sana untuk panduan kita bersama. Insyaallah

1) Solat wajib di awal waktu

Sedang kita sibuk melakukan apa sahaja kerja, jadikan lah kebiasaan solat di awal waktu. Seelok nya 5 minit sebelum azan berkumandang kita sudah bersiap sedia mengambil wudhu dan menghampar kan tikar sejadah untuk menunaikan solat. Jangan lupa rezeki itu datang nya dari Allah. Jangan kita rasa sikit pun kerugian jika kita tidak dapat melayan pelanggan kita kerana ingin solat di awal waktu.
     
2) Melakukan solat-solat sunat seperti solat dhuha

Antara kunci pembuka pintu rezeki ialah mengamalkan solat dhuha setiap hari. Solat dhuha dilakukan pada waktu dhuha. Bilakah waktu dhuha? Waktu dhuha kira-kira 20 minit selepas matahari terbit dan sebelum waktu Zuhur. Ia boleh dilakukan sebanyak 2 rakaat.

Sumber : Google
Ini ialah doa solat dhuha. Jika diamati maksud-maksud doa ini, sememang nya ia sunggah indah sekali jika dihayati. Sangat tenang rasa hati ini.
  
 3) Usahawan lakukan jual beli, elakkan Riba    
Konsep asas jual beli dan Riba ini sangat lah mudah tapi masih ramai yang belum  memahami pengertian konsep ini.

Harga Beli : RM100
Harga Jual : RM120 
Untung : ialah perbezaan harga di antara harga beli dan harga jual

Konsep Jual beli : Penjual membeli barang secara borong. Hasil dari pembelian secara   borong, penjual mendapat harga RM100 bagi tiap barang. Setelah melakukan pembungkusan semula di dalam kotak yang lebih kemas dan menarik, penjual menjual    semula dengan harga RM120 kepada pembeli. Perbezaan RM20 itu dikira keuntungan yang halal kerana berlaku jual beli diantara penjual dan pembeli. Penjual mendapat keuntungan dan pembeli mendapat barangnya.
Konsep Riba       : Penjual membeli barang secara borong. Hasil dari pembelian secara borong, penjual mendapat harga RM100 bagi tiap barang. Pembeli membeli barang tersebut dengan 5x bayaran ansuran. Jumlah harga jual selepas 5x bayaran ansuran ialah RM120. Perbezaan RM20 itu dikira Riba kerana lebihan untung itu bukan kerana hasil jualan tetapi kerana penangguhan hutang sebanyak 5x bayaran ansuran.

Sebenarnya jika mahu dikupas lagi tentang konsep Riba ini sangat lah luas. Di dalam Al-Quran juga ada menerangkan tentang konsep ini.

Oleh itu para usahawan semua dapatkan lah rezeki yang berkat. Sentiasa berhati-hati dengan urusan jual beli kita. 

4) Sentiasa bersyukur
  
Jadilah kita insan yang sentiasa bersyukur. Setiap apa yang Allah turunkan kepada kita semua nya itu ada sebab nya. Cara untuk menunjukkan rasa syukur kepada Allah ialah dengan sentiasa mengingati Allah di mana sahaja, perbanyakkan istighfar pada Allah, banyakkan sedekah dan sentiasa meninggalkan larangan nya.

“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Surah Ibrahim: Ayat 7) 



   






 

Thursday 3 December 2015

Jalan-jalan cuti sekolah - Johor Bahru ( Bahagian Akhir )

Entri 15

Teks : Fazlianis Ahmad Kamar
Foto : Koleksi Peribadi / Google

Hari Terakhir : Selasa

Hari terakhir kami di KSL hotel ini, kami hanya sarapan di hotel sahaja. Jam 8 pagi makanan sudah tersedia di atas meja.



Sarapan pagi ini ditempah dari sahabat lama salah seorang ahli keluarga saya. Menunya ialah mee hoon goreng beserta kuah, kuih karipap dan koci. Ini kali pertama saya merasai mee hoon goreng bersama kuah ini. Mempunyai rasa yang tersendiri dan anda patut mencuba nya =)


Chef pada pagi itu. Masak apa tuuu?

Antara menu sarapan yang popular di Johor Bahru ialah Kacang Pool Haji dan juga Lontong kering. Lokasi nya hanya terletak hanya 5km dari hotel KSL dan ia menjadi salah satu tempat tumpuan pengunjung dari dalam dan luar Johor dan juga pengunjung dari Singapura. Di situ terdapat deretan kedai yang menjual pelbagai jenis juadah. Selain dari Kacang Pool ada jual dijual lontong, nasi lemak, roti canai, rojak, ABC dan pelbagai lagi. Pagi itu saya dan suami membelikan sarapan kacang pool dan lontong kering untuk keluarga di hotel.


 

Sumber : Aishah Megahasz

Lokasi :

Kacang Pool Haji
No. 3, Medan Selera Larkin Bomba, 
Susur 5 Jalan Tun Abdul Razak,  
Johor Bahru, 80000 Johor



Ini dia rupa kacang pool. Ianya diletakkan telur mata di atasnya dan dimakan dengan roti bakar. Sumber : burpple.com


Lepas sarapan kami sambung lagi mandi di kolam renang


Tepat jam 1 kami semua sudah "check-out" dari hotel dan destinasi seterusnya ialah mencari tempat makan tengah hari kami iaitu terletak di Bandar Baru Uda.

Lokasi : 

Restoran Pondok MS Briyani
50, Jalan Padi Emas 2, Bandar Baru Uda, 
81200 Johor Bahru, Johor 

Sebenarnya terdapat banyak kedai nasi briyani yang popular di Johor Bahru ini tetapi setelah merasai masakan nya, saya merasakan kedai nasi briyani ini yang paling sesuai dengan citarasa saya. Menawarkan size hidangan yang besar nasi nya sangat lembut dan rasanya sedap dimakan begitu sahaja. Ianya dimakan bersama daging kambing atau ayam yang sangat lembut dah rapuh dan dihidangkan bersama kuah dan jelatah membuat kan pelanggan tidak pernah putus keluar masuk dari kedai ini. Harga untuk menu ayam dan kambing sama hanya lah RM10. Jadi kalau anda lambat selalu nya hanya ayam sahaja yang tinggal. Jangan lupa pesan bersama air asam boi yang selalu nya menjadi pilihan utama pelanggan di kedai.


 Sedang menikmati nasi briyani yang super sedap =)


 Gembira nampak nya semua orang dapat menikmati nasi beriani yang sedap di sini


Selfie lepas makan nasi beriyani


 Muka kekenyangan, mata pun dah mula nak layu


Selesai makan, ada lagi yang bercadang mahu ke JPO lagi buat kali terakhir di JB. Jadi mereka membuat keputusan untuk membeli belah dahulu di JPO sebelum bertolak balik ke KL.


Setelah 2 jam berada di JPO ini lah hasil yang dibeli nya. Buat kenangan sebelum pulang ke KL

Jika anda bernasib baik datang lah ke JPO pada waktu jualan murah kerana kebanyakkan kedai di sini menawarkan harga yang sangat rendah.

Saya juga sempat membeli set wangian Victoria Secret ini dengan potongan sebanyak 60%. 

Tengok tu murah kan !!!


Makan petang di kafe JPO

Setelah habis membeli-belah tepat jam 7 malam mereka bergerak pulang ke Kuala Lumpur.
Ok nampaknya sampai di sini sahaja percutian kami "Jalan-Jalan cuti sekolah - Johor Bahru". Terima kasih kepada semua keluarga di KL yang sudi datang ke JB untuk bercuti bersama-sama. Insyaallah ada rezeki kita bercuti di lokasi yang berbeza pula =)




>>>>>>Jalan-jalan cuti sekolah - Johor Bahru ( Bahagian 1)

>>>>>>Jalan-jalan cuti sekolah - Johor Bahru ( Bahagian 2) 

>>>>>>Jalan-jalan cuti sekolah - Johor Bahru ( Bahagian 3)