Pages

Wednesday 9 December 2015

Tips rezeki buat usahawan

Entri 16

Teks : Fazlianis Ahmad Kamar
Foto : Google

Sumber : Google


Bila ditanya kepada orang ramai apakah yang dimaksud kan dengan rezeki, kebanyakkan mereka menjawab kepada benda yang material seperti wang yang banyak, kereta yang besar, rumah yang luas dan pangkat yang tinggi. Tak di nafikan ini semua nya rezeki tetapi sebenarnya rezeki Allah di muka bumi ini sangatlah luas. Bukan lah hanya tertumpu kepada material sahaja.

Di antara rezeki yang Allah turun kan kepada kita tanpa kita sedari ianya rezeki ialah diberikan peluang untuk menghirup udara nyaman di bumi ni, diberikan kesempurnaan pancaindera untuk kita nikmati, dikurniakan suami dan anak-anak yang soleh, diberi kesihatan yang baik, diberikan hati yang sentiasa tenang dan diberi peluang dan masa untuk beribadat kepada Allah. Jika hendak disenaraikan terlalu banyak rezeki yang Allah telah turun kan kepada kita. 

Rasanya ramai diantara kita yang sudah tahu cara dan tips untuk menjemput rezeki. Tapi tak rugi rasanya jika saya ingin berkongsi tips untuk menjemput rezeki terutamanya kepada semua usahawan bisnes online di luar sana untuk panduan kita bersama. Insyaallah

1) Solat wajib di awal waktu

Sedang kita sibuk melakukan apa sahaja kerja, jadikan lah kebiasaan solat di awal waktu. Seelok nya 5 minit sebelum azan berkumandang kita sudah bersiap sedia mengambil wudhu dan menghampar kan tikar sejadah untuk menunaikan solat. Jangan lupa rezeki itu datang nya dari Allah. Jangan kita rasa sikit pun kerugian jika kita tidak dapat melayan pelanggan kita kerana ingin solat di awal waktu.
     
2) Melakukan solat-solat sunat seperti solat dhuha

Antara kunci pembuka pintu rezeki ialah mengamalkan solat dhuha setiap hari. Solat dhuha dilakukan pada waktu dhuha. Bilakah waktu dhuha? Waktu dhuha kira-kira 20 minit selepas matahari terbit dan sebelum waktu Zuhur. Ia boleh dilakukan sebanyak 2 rakaat.

Sumber : Google
Ini ialah doa solat dhuha. Jika diamati maksud-maksud doa ini, sememang nya ia sunggah indah sekali jika dihayati. Sangat tenang rasa hati ini.
  
 3) Usahawan lakukan jual beli, elakkan Riba    
Konsep asas jual beli dan Riba ini sangat lah mudah tapi masih ramai yang belum  memahami pengertian konsep ini.

Harga Beli : RM100
Harga Jual : RM120 
Untung : ialah perbezaan harga di antara harga beli dan harga jual

Konsep Jual beli : Penjual membeli barang secara borong. Hasil dari pembelian secara   borong, penjual mendapat harga RM100 bagi tiap barang. Setelah melakukan pembungkusan semula di dalam kotak yang lebih kemas dan menarik, penjual menjual    semula dengan harga RM120 kepada pembeli. Perbezaan RM20 itu dikira keuntungan yang halal kerana berlaku jual beli diantara penjual dan pembeli. Penjual mendapat keuntungan dan pembeli mendapat barangnya.
Konsep Riba       : Penjual membeli barang secara borong. Hasil dari pembelian secara borong, penjual mendapat harga RM100 bagi tiap barang. Pembeli membeli barang tersebut dengan 5x bayaran ansuran. Jumlah harga jual selepas 5x bayaran ansuran ialah RM120. Perbezaan RM20 itu dikira Riba kerana lebihan untung itu bukan kerana hasil jualan tetapi kerana penangguhan hutang sebanyak 5x bayaran ansuran.

Sebenarnya jika mahu dikupas lagi tentang konsep Riba ini sangat lah luas. Di dalam Al-Quran juga ada menerangkan tentang konsep ini.

Oleh itu para usahawan semua dapatkan lah rezeki yang berkat. Sentiasa berhati-hati dengan urusan jual beli kita. 

4) Sentiasa bersyukur
  
Jadilah kita insan yang sentiasa bersyukur. Setiap apa yang Allah turunkan kepada kita semua nya itu ada sebab nya. Cara untuk menunjukkan rasa syukur kepada Allah ialah dengan sentiasa mengingati Allah di mana sahaja, perbanyakkan istighfar pada Allah, banyakkan sedekah dan sentiasa meninggalkan larangan nya.

“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Surah Ibrahim: Ayat 7) 



   






 

No comments:

Post a Comment