Pages

Showing posts with label motivasi bisnes dari rumah. Show all posts
Showing posts with label motivasi bisnes dari rumah. Show all posts

Wednesday, 9 December 2015

Tips rezeki buat usahawan

Entri 16

Teks : Fazlianis Ahmad Kamar
Foto : Google

Sumber : Google


Bila ditanya kepada orang ramai apakah yang dimaksud kan dengan rezeki, kebanyakkan mereka menjawab kepada benda yang material seperti wang yang banyak, kereta yang besar, rumah yang luas dan pangkat yang tinggi. Tak di nafikan ini semua nya rezeki tetapi sebenarnya rezeki Allah di muka bumi ini sangatlah luas. Bukan lah hanya tertumpu kepada material sahaja.

Di antara rezeki yang Allah turun kan kepada kita tanpa kita sedari ianya rezeki ialah diberikan peluang untuk menghirup udara nyaman di bumi ni, diberikan kesempurnaan pancaindera untuk kita nikmati, dikurniakan suami dan anak-anak yang soleh, diberi kesihatan yang baik, diberikan hati yang sentiasa tenang dan diberi peluang dan masa untuk beribadat kepada Allah. Jika hendak disenaraikan terlalu banyak rezeki yang Allah telah turun kan kepada kita. 

Rasanya ramai diantara kita yang sudah tahu cara dan tips untuk menjemput rezeki. Tapi tak rugi rasanya jika saya ingin berkongsi tips untuk menjemput rezeki terutamanya kepada semua usahawan bisnes online di luar sana untuk panduan kita bersama. Insyaallah

1) Solat wajib di awal waktu

Sedang kita sibuk melakukan apa sahaja kerja, jadikan lah kebiasaan solat di awal waktu. Seelok nya 5 minit sebelum azan berkumandang kita sudah bersiap sedia mengambil wudhu dan menghampar kan tikar sejadah untuk menunaikan solat. Jangan lupa rezeki itu datang nya dari Allah. Jangan kita rasa sikit pun kerugian jika kita tidak dapat melayan pelanggan kita kerana ingin solat di awal waktu.
     
2) Melakukan solat-solat sunat seperti solat dhuha

Antara kunci pembuka pintu rezeki ialah mengamalkan solat dhuha setiap hari. Solat dhuha dilakukan pada waktu dhuha. Bilakah waktu dhuha? Waktu dhuha kira-kira 20 minit selepas matahari terbit dan sebelum waktu Zuhur. Ia boleh dilakukan sebanyak 2 rakaat.

Sumber : Google
Ini ialah doa solat dhuha. Jika diamati maksud-maksud doa ini, sememang nya ia sunggah indah sekali jika dihayati. Sangat tenang rasa hati ini.
  
 3) Usahawan lakukan jual beli, elakkan Riba    
Konsep asas jual beli dan Riba ini sangat lah mudah tapi masih ramai yang belum  memahami pengertian konsep ini.

Harga Beli : RM100
Harga Jual : RM120 
Untung : ialah perbezaan harga di antara harga beli dan harga jual

Konsep Jual beli : Penjual membeli barang secara borong. Hasil dari pembelian secara   borong, penjual mendapat harga RM100 bagi tiap barang. Setelah melakukan pembungkusan semula di dalam kotak yang lebih kemas dan menarik, penjual menjual    semula dengan harga RM120 kepada pembeli. Perbezaan RM20 itu dikira keuntungan yang halal kerana berlaku jual beli diantara penjual dan pembeli. Penjual mendapat keuntungan dan pembeli mendapat barangnya.
Konsep Riba       : Penjual membeli barang secara borong. Hasil dari pembelian secara borong, penjual mendapat harga RM100 bagi tiap barang. Pembeli membeli barang tersebut dengan 5x bayaran ansuran. Jumlah harga jual selepas 5x bayaran ansuran ialah RM120. Perbezaan RM20 itu dikira Riba kerana lebihan untung itu bukan kerana hasil jualan tetapi kerana penangguhan hutang sebanyak 5x bayaran ansuran.

Sebenarnya jika mahu dikupas lagi tentang konsep Riba ini sangat lah luas. Di dalam Al-Quran juga ada menerangkan tentang konsep ini.

Oleh itu para usahawan semua dapatkan lah rezeki yang berkat. Sentiasa berhati-hati dengan urusan jual beli kita. 

4) Sentiasa bersyukur
  
Jadilah kita insan yang sentiasa bersyukur. Setiap apa yang Allah turunkan kepada kita semua nya itu ada sebab nya. Cara untuk menunjukkan rasa syukur kepada Allah ialah dengan sentiasa mengingati Allah di mana sahaja, perbanyakkan istighfar pada Allah, banyakkan sedekah dan sentiasa meninggalkan larangan nya.

“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Surah Ibrahim: Ayat 7) 



   






 

Thursday, 12 November 2015

Tips penting sebelum memulakan bisnes online

Entri 10

Teks : Fazlianis Ahmad Kamar
Foto : Google

Sumber : Google


Sudah agak lama saya tak update entri ni. Ok hari ni saya nak tekan kan perkara penting sebelum memulakan bisnes online. Di dalam keadaan ekonomi negara kita masa ini, kos sara hidup semakin tinggi. Oleh itu ramai yang memilih untuk menjalan bisnes online sebagai sumber income tambahan. Semua orang nak buka bisnes, semua orang berangan-angan untuk kaya. Bagus "berangan" bererti impian atau cita-cita, tapi jangan lah berangan macam Mat Jenin ye. Kenal tak siapa Mat Jenin tu? 

"Mat Jenin merujuk kepada kisah seorang pemuda yang terlalu banyak berangan-angan sehinggakan dia mati akibat tidak menumpukan perhatian kepada pekerjaannya"
(Sumber : Wikipedia.org)


Antara perkara penting yang perlu kita ada untuk memulakan bisnes ialah  :

1- Kuasai Ilmu

Syarat untuk berjaya dalam perniagaan semestinya kita perlukan ilmu. Jika tiada ilmu sudah pasti kita tidak tahu jalan yang betul untuk berniaga. Sekiranya kita mendalami ilmu perniagaan, kita mempraktikkan ilmu yang dipelajari sudah semestinya kita mencapai  objektif kita. Pastikan kita menguasai selok-belok perniagaan untuk memastikan perniagaan kita berjaya. Praktikkan ilmu yang dipelajari, belajar dari kesilapan dan jadikan ia pengalaman yang berharga untuk menjadi uasahan berjaya. Ilmu perlu dicari, pengalaman perlu digali.
Sumber : Google

 2- Cari Guru / Mentor / Coach / Leader

Seeloknya untuk mendalami ilmu perniagaan kita perlukan mentor. Mentor dapat membantu,  membimbing dan memberi tunjuk ajar dalam perniagaan.  Sememang nya dalam hidup kita ni kita sudah biasa dengan gelaran leader. Jika dalam keluarga semestinya ayah menjadi ketua keluarga, jika di sekolah guru yang akan memberi bimbingan dalam subjek-subjek tertentu dan jika di ofis pula bos yang akan memberi tunjuk ajar untuk menyiapkan kerja yang diberi. 



Sumber : Google

Begitu juga jika kita ingin memulakan perniagaan dan menjadi usahawan. Carilah mentor untuk kita jadi kan sumber rujukan dan berkongsi pengalaman dalam perniagaan. Kewujudan teknologi masa kini sememangnya banyak membantu kerana ilmu perniagaan boleh dijalankan secara jarak jauh seperti email, facebook, telefon dan hanya message sahaja. Kini untuk mempelajari dengan mentor sangat lah mudah, bukan hanya perlu hadir kelas sahaja malah boleh dipelajari secara online sahaja. Apa yang penting kita bijak memilih mentor yang boleh membantu kita mencapai cita-cita kita.






Saturday, 31 October 2015

Positif

Entri 9

Teks : Fazlianis Ahmad Kamar
Foto : Google



Sumber : Google


Salam ceria hari ni. Jom kita jadi orang yang Positif. Berfikiran positif sememang nya banyak membantu dalam kehidupan kita seharian. Antara manfaat orang yang selalu berfikiran positif ialah :

  • Anda akan sering kelihatan ceria 
  • Bila minda selalu berfikiran positif badan juga akan sentiasa
  • Hubungan sosial dengan orang sekeliling akan sentiasa baik
  • Anda akan dikelilingi dan mempunyai ramai teman yang sayang pada anda
  •  Anda mudah disenangi
  •  Orang akan sentiasa menghormati anda
  •  Anda tidak akan mudah mengalah
  • Anda akan sentiasa cemerlang dalam kehidupan anda
  •  Sentiasa bercakap benda-benda yang positif
  •  Kehidupan akan sentiasa bahagia


Mulai hari ini jom ubah minda kita. Sentiasa penuhi kamus minda kita dengan kata-kata positif.


Katakan                      ANDA BOLEH !!!!
Sumber : Google


Wednesday, 28 October 2015

Tips Bijak Menguruskan Masa dalam Bisnes Online (Bahagian 2)

Entri 8 :

Teks : Fazlianis Ahmad Kamar
Foto : Google

Assalamualaikum semua. Masih ingat lagi topik yang pernah kita bincang kan tentang Tips Bijak Menguruskan Masa dalam Bisnes Online ( Bahagian 1).
Ok jom kita teruskan perbincangan ini. Dalam entri ini kita akan senarai kan tips pengurusan masa yang berkesan untuk menjalankan bisnes online.


1- Senaraikan matlamat anda
Untuk pengurusan masa yang berkesan, pastikan anda membuat senaraikan matlamat anda. Bahagikan matlamat anda kepada matlamat jangka pendek dan matlamat jangka panjang.
a) Matlamat jangka pendek - perancang apa yang anda mahu lakukan hari ini, esok dan minggu ni.
b) Matlamat jangka panjang - perancangan yang ingin dilakukan dalam masa sebulan, 3 bulan, 6 bulan dan setahun


Sumber : Google
Setelah anda selesai melakukan kerja dan tugasan anda, pastikan anda tanda pada senarai anda. Ini untuk memastikan anda mencapai matlamat seperti yang disenaraikan. 

2- Kurangkan pembaziran masa
Dalam menjalankan bisnes online yang berjaya, tiada istilah pembaziran masa. Kurangkan aktiviti-aktiviti yang tidak produktif dan tidak mendatangkan hasil. Sebagai contoh kurangkan menghabiskan masa di berchatting, melayari internet dan media sosial. Jadikan media sosial sebagai medium untuk meluaskan bisnes bukan hanya asyik menghabiskan masa tanpa memberi manfaat kepada bisnes. Pastikan kita anda menghadkan masa berapa lama anda dibenarkan melayari internet dalam masa 24jam.
 
Sumber : Google

3- Elakkan tabiat suka menangguh 
Tabiat yang suka menangguh sememang nya harus dibuang dari diri anda dari hari pertama anda merancang untuk melakukan bisnes. Keadaan yang suka bertangguh membuatkan bebanan kerja semakin hari semakin bertambah. Pastikan anda berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai sasaran anda setiap hari. Semakin anda cepat melakukan kerja, semakin cerah lah peluang anda untuk meraih sasaran.


Tuesday, 27 October 2015

Tips Bijak Menguruskan Masa dalam Bisnes Online (Bahagian 1)

Entri 7

Teks : Fazlianis Ahmad Kamar
Foto : Google

Sumber : Google

Pengurusan masa adalah aspek penting untuk menjalankan bisnes online dari rumah. Tidak kira anda seorang suri rumah, pelajar, mereka yang bekerjaya ataupun mereka yang baru menceburi diri dalam bidang ini. Kebanyakkan mereka mahu memulakan bisnes ini tetapi seringkali gagal kerana tidak bijak menguruskan masa dengan baik. 

" sekejap lah "
" tak sempat lah "
" malas lah "
" tak ada masa "
" sibuk lah nak uruskan anak-anak " (suri rumah)
" buku tak baca lagi " (pelajar)
" hari ni penat lah " (mereka yang bekerja di ofis) 
Pelbagai alasan seperti ini sebenarnya sudah sebati dalam cara hidup masyarakat kita. Kita seringkali menyalah kan masa tetapi sebenarnya setiap dari kita dianugerahkan waktu, jam, minit dan saat yang sama. Kita selalu terburu-buru mengejar masa untuk melakukan kerja dan aktiviti seharian. Kesan nya kerja kita seperti kelam kabut dan hasilnya sungguh tidak memuaskan.

Jika kita kaji apakah rahsia orang yang cemerlang? Semestinya mereka ini cemerlang kerana bijak menguruskan masa. Mereka akan pastikan setiap jam dan minit yang mereka gunakan tidak dibazirkan begitu sahaja malah mereka ini semakin hari semakin produktif. Betul lah kata peribahasa " Masa itu emas ". Sememang nya masa ini tidak bole di beli dengan wang ringgit. Ia akan pergi begitu sahaja jika kita sia-siakan.


Mari kita sama-sama luangkan masa mencari strategi pengurusan masa yang berkesan. Buka minda anda. Pandang sekeliling anda. Bagaimana anda menghabiskan 24 jam yang anda ada setiap hari? Adakah anda setiap minit yang ada diisikan dengan produktif? Fikir-fikirkan
Sumber : Google




Tapi sebelum itu, kita rehat dulu nanti kita sambung entri yang seterusnya yer.


Monday, 26 October 2015

3 Stigma masyarakat terhadap golongan suri rumah

Entri 6

Teks : Fazlianis Ahmad Kamar
Foto : Google


Sumber : Google


Di ruang ini ingin saya kongsikan berkenaan stigma masyarakat terhadap suri rumah. Pada zaman teknologi era ini masih ada pemikiran skeptikal yang beranggapan suri rumah hanya fokus untuk memberi tumpuan kepada keluarga semata-mata. Suri rumah dianggap tidak mendatangkan hasil dari segi material dengan kata lain tidak membantu dari segi ekonomi keluarga. Namun pada masa ini, tanggapan ini harus ditepis secara positif kerana suri rumah pada masa kini sudah bijak mengorak langkah lebih kehadapan dan ini seharus nya dapat membuka mata semua masyarakat di luar.



Menjadi suri rumah dan pada masa yang sama menjalankan bisnes online tidak lah mudah seperti yang difikirkan. Jom kita lihat tanggapan masyarakat kepada kerjaya suri rumah pada masa kini.

1- Banyak Masa Terluang
Persepsi masyarakat sering mengatakan suri rumah sememangnya mempunyai banyak masa terluang tetapi sedarkah kita di dalam kehidupan ini kita semua diberikan 24 jam setiap hari, yang penting kita harus bijak menguruskan masa kita.

  • Realiti - Berbeza dengan bekerja sepenuh masa di tempat kerja tumpuan boleh diberikan 100% pada kerja dan bos manakala menjalankan bisnes online dari rumah masa haruslah dibahagikan untuk menguruskan bisnes dan menjaga anak-anak. Menjadi suri rumah, menjalankan perniagaan online, melayan pelanggan, membesarkan anak-anak, menghantar anak-anak ke sekolah dan pada yang sama ada juga suri rumah yang menjadi pendidik dengan menjalankan home schooling di rumah sememang nya kerjaya yang agak mencabar untuk seorang suri rumah. Mereka ini harus bijak menguruskan masa memandangkan kerja nya semakin berganda. Ini demi kelangsungan untuk menentukan hala tuju keluarga dan bisnes mereka.

2 - Berpendidikan rendah 
Suri rumah hanya lah mereka yang terdiri dari latarbelakang yang berpendidikan rendah sahaja.

  • Realiti - Kini ramai graduan yang memiliki ijazah dan mereka yang sudah bekerjaya dan berpangkat besar mengambil keputusan untuk menjadi suri rumah yang bekerja dari rumah. Jadi tanggapan negatif ini harus lah ditepis dari minda masyarakat Malaysia ini. Lihat lah di internet, media sosial, di majalah-majalah, di kaca tv siapakah di antara mereka yang menerajui bisnes online ini. Mahu membuktikan mereka juga mampu berjaya seiring dengan perkembangan ekonomi, sememang nya mereka ini terdiri daripada mereka yang berpendidikan tinggi namun cukup cekal untuk membina empayar bisnes online mereka sendiri.  

3 - Pemikiran yang ketinggalan  
Ada sesetengah masyarakat yang memberikan tuduhan melulu dengan mengata kan suri rumah berpikiran agak ketinggalan dibandingkan mereka yang bekerjaya di luar.

  • Realiti - Dengan kecanggihan teknologi dan peranan jalur lebar sememang nya semua maklumat boleh didapati hanya di hujung jari sahaja. Sememangnya mereka ini sudah pun berpikiran kehadapan. Cakap sahaja bidang politik, ekonomi, pendidikan, agama dan fesyen mereka masih mampu untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan mereka yang bekerja di ofis. Ilmu yang didapati dari buku-buku, dari media banyak membantu mereka menambah kan ilmu pengetahuan.
Sumber : Google

Ini adalah 3 stigma masyarakat yang boleh kita ubah. Mereka ini seharusnya di beri ruang sebaris dengan mereka yang bekerja di ofis. Usaha mereka yang menggalas tanggungjawab yang berat harus lah dihargai bagi memastikan suri rumah yang bekerja di rumah mendapat hati di setiap lapisan masyarakat.


 

Saturday, 24 October 2015

Kuala Lumpur, jerebu dan makanan

Entri 4

Teks : Fazlianis Ahmad Kamar
Foto : Google

Sumber : Google

Comelnya gambar bayi-bayi ni. Teringat adik-beradik saya kami dilahirkan kesemua nya 7 perempuan. Memang pelbagai ragam kitaorang ni walau bagaimana pun kitaorang agak rapat. Memang tak dapat dipisah kan kami ni agaknya. 5 dari kami sudah berkahwin, 1 baru tamat pengajian ijazah sarjana muda yang bongsu pula sedang melanjutkan pelajaran di universiti di sini. Sewaktu entri ni ditulis dah sebulan agaknya saya tidak pulang ke Kuala Lumpur. Cuaca jerebu yang tak menentu agak menyukarkan perjalanan jauh. Mata jadi penat dan berair, pedih dengan asap jerebu. Rindu nya pada diorang. Saya satu-satu nya tinggal jauh di Johor Bahru. Sudah dekat 10 bulan juga saya merantau di sini mengikut suami bekerja di sini.


Sumber : Google

Sewaktu di Kuala Lumpur kalau rindu nak merasa masakan adik-beradik, kalau rindu nak jumpa anak-sedara, keluar je rumah. Tak sampai 5 langkah dah sampai. Eh dekat nya. Nak tahu kenapa, sebab kami ni terlalu akrab. Dah kawin pun tetap nak tinggal dekat. Rezeki kami dapat tinggal berdekatan dengan kata lain kami duduk "setaman". Punya lah sayang adik-beradik kan. Rumah keluarga saya pun tak jauh dari rumah-rumah kami lebih kurang 15minit sampai lah. Senang lah anak-anak dan cucu-cucu nak balik kampung kan sebab dekat sangat.
 
Sumber : Air Pollutant Index of Malaysia 


Nampak nya cuaca jerebu di Johor Bahru hari ni agak teruk. Memang tengok luar nampak putih jer. Kualiti udara memang tak sihat untuk buat aktiviti di luar. Memandang kan terpaksa terkepung di rumah,  ini lah hasilmenu tengahari hari ini "Grill Beef and Black Paper Sauce".

Sumber : Koleksi peribadi

Resepi ni memang saya suka hati je lah janji sedap mata memandang dan sedap rasa di mulut. Cuma kuah black paper tu saya google di blog Resepi Grill Chicken Chop Black Pepper Sauce
Maaf gambar tak jelas sangat.  Sebenarnya kalau kita ni jenis nak cepat masak dan makan, malas nak "marinate" daging ayam semua ada banyak produk western yang sudah disejuk bekukan di jual di pasaran. Semua nya sudah dipek siap dengan ketulan daging atau ayam, kuah dan kentang goreng bergantung kepada pengeluar. Yang paling menarik pembelian juga ada yang ditawarkan secara online.
 
Sumber : D'Apple Frozen Chicken Chop


Ni contoh syarikat pengeluar produk western yang sudah di sejuk bekukan.Penghantaran akan terus di pintu rumah. Semua nya di hujung jari. Musim jerebu ni sesuai sangat lah shoping secara online. Tak payah keluar rumah nak redah jerebu kan. Sekarang ni memang banyak  bisnes makanan secara online yang ditawarkan. Semua nya di hujung jari jer. Klik saja. Yang penting kita harus bijak mengambil peluang yang ada di sekeliling kita.




Friday, 23 October 2015

Menjana kewangan secara online


Entri 3

Teks : Fazlianis bt Ahmad Kamar
Foto : Google

Masih ingat lagi tak cerita tentang En.Luqman pada entri yang lepas. Kalau belum baca boleh baca dulu di sini >>>Adakah anda Stress dengan kehidupan anda?

Sumber : Google
Rupanya banyak langkah mudah untuk mula bisnes online. Bisnes secara online sememangnya risikonya lebih rendah dibandingkan dengan secara offline. Keduanya-duanya ada kelebihan tersendiri namun untuk sesiapa yang ingin mula menjinak kan diri di dalam dunia perniagaan bisnes online adalah antara langkah yang bijak. Bisnes online terbahagi kepada 2

  • Pertama : Melibatkan penyimpanan stok (Risiko tinggi)
  • Kedua : Tidak perlu simpanan stok (Risiko rendah)

Untuk memulakan bisnes online pilihan di tangan anda. Sama ada mahu melibatkan stok atau tidak. Yang penting untuk memulakan sesuatu peniagaan ilmu perlu ada untuk memastikan perniagaan berjalan lancar. Insyaallah






Adakah anda Stress dengan kehidupan anda?

Entri 2
Teks : Fazlianis Ahmad Kamar
Foto : Google



Adakah anda Stress?
Sumber : Google




Ini lah situasi sebenar dan dilema yang di alami masyarakat Malaysia kini. Semakin hari semakin parah nampaknya. Ok kita ambil contoh seorang dari rakyat Malaysia.



Encik Luqman (bukan nama sebenar)
Seorang pekerja yang memegang jawatan eksekutif di sebuah syarikat swasta yang ternama.
Tinggal di kota seperti Kuala Lumpur dirasakan semakin hari semakin mencabar buat bapa muda kepada 3 orang anak ini. Dah la kena bangun seawal 5 pagi, sepanjang perjalanan ke ofis jalan sesak hampir 3 jam kerana jalan dibuka untuk 1 lorong jer untuk kerja pembaikan. Jam menunjuk kan pukul 10 pagi. Tiba di ofis terus buka komputer dan memulakan tugasan. Seperti biasa tepat jam 6 petang sudah masa untuk pulang. 

Namun hari ini dia terpaksa balik lambat lagi kerana esok ada mesyuarat penting dan masih ada kerja yang belum diselesaikan lagi. Jam menunjukkan pukul 10 malam, sudah agak lewat terus dia memegang kunci kereta untuk pulang. Tiba di rumah seperti biasa isteri sudah menidurkan anak-anak. Penat agaknya seharian  di taska dan sekolah. Isteri pula nampaknya mula membuka komputer peribadi, kata nya ada tugasan di pejabat yang masih belum selesai yang perlu dihantar esok. Ini lah hari-hari yang dilalui oleh En Luqman dan isteri. Akhir bulan seperti biasa gaji pun keluar. Jom kita tengak slip gaji En Luqman


Sumber :  Google
Setelah ditolak nya segala perbelanjaan nampaknya tiada baki simpanan malah masih berhutang  RM19.

Sumber : Google


Ok ini gambar En.Luqman stress pikir pasal duit. Dengan keadaan ekonomi yang tak menentu, perbelanjaan harian yang semakin meningkat, kadar tol pun baru jer naik nampaknya kehidupan En.Luqman semakin tertekan. Nampak nya dia perlukan strategi untuk keluar dari zon bahaya ni


 
Bermacam-macam keluar dari kotak fikiran En.Luqman untuk menyelesaikan masalah kewangan nya. Sampai bila dia nak meneruskan hidup sebegini. Akhirnya dia menemui sesuatu yang menarik. Anda ingin tahu? Nantikan entri seterusnya dari saya.













Thursday, 22 October 2015

Salam Perkenalan

Teks: Fazlianis Ahmad Kamar
Foto: Fazlianis Ahmad Kamar

Salam Perkenalan

Alhamdulillah, segala puji dan syukur ke hadrat Allah s.w.t, dengan limpah kurnia-Nya saya mula menceburkan diri dalam penulisan blog mengenai bisnes online dari rumah. Walaupun berlatar belakangkan dalam bidang Aktuari dan Statistik minat dalam bidang bisnes tiba-tiba muncul di fikiran saya. Pada mula nya keinginan menceburi bidang ini hanya untuk belajar berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang ramai, namun semakin lama hati mula tertarik untuk meneruskan bidang ini.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Taman Sri Gombak. Setelah tamat sekolah rendah saya mengikut keluarga berpindah ke Ipoh dan meneruskan persekolahan di Sekolah Menengah Raja Perempuan Ipoh. Tamat sekolah kami berpindah semula ke Kuala Lumpur. Berpeluang menyambung ke peringat lebih tinggi merupakan impian dalam hidup saya. Saya ditawarkan melanjutkan Diploma dalam Sains Kuantitatif dan seteruskan ke peringkat Sarjana Muda Sains Aktuari di Universiti Teknologi Mara Shah Alam. Kenangan di universiti adalah antara saat paling gembira dan indah buat saya bersama teman-teman seperjuangan yang masih akrab hingga kini. 

Tamat belajar, saya mula mencari pekerjaan. Tidak terlalu memilih pekerjaan saya mula dari bawah, berpindah dari satu syarikat ke satu syarikat dari hanya lah seorang kerani hingga lah saya berjaya mendapat tawaran bekerja di sebuah syarikat insuran sebagai Eksekutif Aktuari. 
Pengalaman yang saya kecapi bekerja di syarikat-syarikat ini merupakan satu pengalaman yang sangat berharga buat saya. Setelah lebih kurang 7 tahun berkhidmat di syarikat insuran kini saya berehat seketika dari dunia pekerjaan. 

Mengikut suami berpindah ke Johor Bahru dan memula kan karier sebagai suri rumah dan membesarkan putera kesayangan saya adalah satu kerjaya yang diimpi-impikan oleh setiap wanita yang bergelar ibu. Teringat kisah perkenalan dengan suami dahulu, saya dipertemukan dengan suami oleh kawan baik saya. 2 tahun kemudian kami diijabkabulkan dan dikurniakan cahaya mata setahun kemudian nya. Saya bekerja di Kuala Lumpur dan suami pula di Johor Bahru. Saban minggu suami terpaksa berulang alik dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur. Kerana terlalu rindukan ayah nya, anak saya seringkali demam dan tidak sihat tiap kali ayahnya pulang ke Johor Bahru. Setelah berfikir panjang demi anak dan keluarga saya membuat keputusan mengikut suami tinggal di Johor Bahru. 

Peluang menjadi suri rumah sepenuh masa merupakan langkah awal untuk saya menceburkan diri di dalam bisnes online dari rumah. Memulakan perniagaan dari rumah mampu menjimatkan masa dan juga kos untuk tidak berulang-alik ke premis setiap hari. Malah masa yang ada dapat diluangkan bersama keluarga dan menguruskan aktiviti seharian.

Untuk berjaya dalam apa sahaja bidang yang diceburi haruslah mempunyai wawasan dan objektif yang nyata. Disiplin serta sikap sabar yang tinggi haruslah sentiasa disemat dalam diri. Harus diingat, untuk memulakan bisnes online, tidak perlu tunggu hingga segalanya sempurna. Apa yang penting idea anda boleh diterima masyarakat dan anda boleh terus memulakan perniagaan tersebut. Di harap terhasilnya blog bisnes online dari rumah ini dapat saya berkongsi pengalaman hidup, menimba pengalaman baru dalam bisnes online dan semoga ia memberi manfaat kepada pembaca semua.