Teks : Fazlianis Ahmad Kamar
Foto : Koleksi Peribadi / Google
Hari Terakhir : Selasa
Hari terakhir kami di KSL hotel ini, kami hanya sarapan di hotel sahaja. Jam 8 pagi makanan sudah tersedia di atas meja.
Sarapan pagi ini ditempah dari sahabat lama salah seorang ahli keluarga saya. Menunya ialah mee hoon goreng beserta kuah, kuih karipap dan koci. Ini kali pertama saya merasai mee hoon goreng bersama kuah ini. Mempunyai rasa yang tersendiri dan anda patut mencuba nya =)
Chef pada pagi itu. Masak apa tuuu?
Antara menu sarapan yang popular di Johor Bahru ialah Kacang Pool Haji dan juga Lontong kering. Lokasi nya hanya terletak hanya 5km dari hotel KSL dan ia menjadi salah satu tempat tumpuan pengunjung dari dalam dan luar Johor dan juga pengunjung dari Singapura. Di situ terdapat deretan kedai yang menjual pelbagai jenis juadah. Selain dari Kacang Pool ada jual dijual lontong, nasi lemak, roti canai, rojak, ABC dan pelbagai lagi. Pagi itu saya dan suami membelikan sarapan kacang pool dan lontong kering untuk keluarga di hotel.
Sumber : Aishah Megahasz |
Lokasi :
Kacang Pool Haji
No. 3, Medan Selera Larkin Bomba,
Susur 5 Jalan Tun Abdul Razak,
Johor Bahru, 80000 Johor
Ini dia rupa kacang pool. Ianya diletakkan telur mata di atasnya dan dimakan dengan roti bakar. Sumber : burpple.com |
Lepas sarapan kami sambung lagi mandi di kolam renang
Tepat jam 1 kami semua sudah "check-out" dari hotel dan destinasi seterusnya ialah mencari tempat makan tengah hari kami iaitu terletak di Bandar Baru Uda.
Lokasi :
Restoran Pondok MS Briyani
50, Jalan Padi Emas 2, Bandar Baru Uda,
81200 Johor Bahru, Johor
Sebenarnya terdapat banyak kedai nasi briyani yang popular di Johor Bahru ini tetapi setelah merasai masakan nya, saya merasakan kedai nasi briyani ini yang paling sesuai dengan citarasa saya. Menawarkan size hidangan yang besar nasi nya sangat lembut dan rasanya sedap dimakan begitu sahaja. Ianya dimakan bersama daging kambing atau ayam yang sangat lembut dah rapuh dan dihidangkan bersama kuah dan jelatah membuat kan pelanggan tidak pernah putus keluar masuk dari kedai ini. Harga untuk menu ayam dan kambing sama hanya lah RM10. Jadi kalau anda lambat selalu nya hanya ayam sahaja yang tinggal. Jangan lupa pesan bersama air asam boi yang selalu nya menjadi pilihan utama pelanggan di kedai.
Sedang menikmati nasi briyani yang super sedap =)
Gembira nampak nya semua orang dapat menikmati nasi beriani yang sedap di sini
Selfie lepas makan nasi beriyani
Muka kekenyangan, mata pun dah mula nak layu
Selesai makan, ada lagi yang bercadang mahu ke JPO lagi buat kali terakhir di JB. Jadi mereka membuat keputusan untuk membeli belah dahulu di JPO sebelum bertolak balik ke KL.
Setelah 2 jam berada di JPO ini lah hasil yang dibeli nya. Buat kenangan sebelum pulang ke KL |
Saya juga sempat membeli set wangian Victoria Secret ini dengan potongan sebanyak 60%. |
Tengok tu murah kan !!! |
Makan petang di kafe JPO |
Setelah habis membeli-belah tepat jam 7 malam mereka bergerak pulang ke Kuala Lumpur.
Ok nampaknya sampai di sini sahaja percutian kami "Jalan-Jalan cuti sekolah - Johor Bahru". Terima kasih kepada semua keluarga di KL yang sudi datang ke JB untuk bercuti bersama-sama. Insyaallah ada rezeki kita bercuti di lokasi yang berbeza pula =)
>>>>>>Jalan-jalan cuti sekolah - Johor Bahru ( Bahagian 1)
>>>>>>Jalan-jalan cuti sekolah - Johor Bahru ( Bahagian 2)
>>>>>>Jalan-jalan cuti sekolah - Johor Bahru ( Bahagian 3)
No comments:
Post a Comment